Pasukan MALBATT-1 bersiap sedia untuk menyertai misi menyelamat selepas mendengar insiden tentera elit Amerika terperangkap semasa melakukan operasi.
Pegawai Pemerintah MALBATT-1, Kolonel Abdul Latiff telah memilih seramai 11 pegawai dan 102 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) untuk terlibat melakukan operasi dengan tentera Amerika dan Pakistan. Tentera Malaysia sangat bersemangat untuk menyertai operasi tersebut walaupun berdepan kemungkinan pulang menjadi mayat. Salah seorang anggota yang terlibat, Leftenan Kamal bertindak selaku ketua platun terpaksa memilih anggota yang dibawanya kerana tidak semua anggota akan terlibat. Lt. Kamal pada mulanya hanya mahu membawa anggota yang bujang saja mengikuti operasi tersebut, tetapi anggota yang telah berkahwin membantah kerana berpendapat anggota bujang masih kurang berpengalaman. Konvoi operasi menyelamat ni dibahagikan kepada 3 kumpulan: - Team Charlie (Kompeni A) diarahkan menyelamatkan juruterbang helikopter kedua yang terhempas
- Team Alpha (Kompeni B) ditugaskan untuk menyelamatkan anggota Rangers yang terkepung dan krew Black Hawk pertama yang terhempas
- Team Bravo yang merangkumi anggota Rangers ditugaskan membantu kedua-dua pasukan tersebut.
- Lokas helikopter terhempas. Imej daripada AR15.com
Operasi menyelamat yang menguji keberanian tentera MalaysiaMengikut perancangan operasi tersebut, tentera Pakistan akan mendahului pergerakan diikuti Team Alpha, Charlie dan Bravo. Tapi pada separuh jalan, tentera Pakistan berpatah balik disebabkan tiada alat penglihatan malam. Masa tentera Pakistan ni berpatah balik, dorang berada kat kawasan luar killing zone. Tentera Malaysia walaupun tidak mempunyai alat penglihatan malam, tetap meneruskan operasi tersebut. Ketiga-tiga konvoi ini berpecah mengikut kumpulan masing-masing selepas sampai di check point Strong Point 207 mengikut tugas yang diberikan. Sumber: Military-Photos Tak lama lepas tu, anggota konvoi Alpha telah diserang anggota kumpulan Aidid menyebabkan dua buah kereta perisai rosak teruk dan mencederakan anggota 5 orang anggota termasuk seorang cedera parah yang kemudiannya dirawat oleh seorang anggota Rangers. Pada masa itu, kereta kebal milik tentera Pakistan telah pun meninggalkan kawasan pertempuran. Walaupun menerima serangan yang bertali arus, tentera Malaysia meneruskan pergerakan ke lokasi anggota Rangers yang terperangkap. Sebaik sahaja sampai, anggota Rangers yang cedera dimasukkan ke dalam kereta perisai manakala yang telah meninggal diletak atas kereta perisai. Kumpulan Alpha ni kemudian bergerak menuju ke lokasi helikopter terhempas untuk mengambil mayat krew helikopter yang telah meninggal. Seorang penduduk Somalia yang bergambar disamping kereta perisai Malbatt yang musnah. Sumber imej: Konflik dan Militer Konvoi Charlie pula terdiri daripada 3 platun diketuai Mejar Ab. Aziz Ab. Latif bergerak menuju ke lokasi helikopter turut menerima serangan berterusan sehingga 3 anggota tentera cedera selepas keluar dari kereta perisai. Selepas tu puak pemberontak menembak roket RPG ke arah kereta perisai sehingga menembusi pintu kiri, menyebabkan seorang anggota cedera. Kemudian kereta perisai kedua turut menjadi sasaran apabila roket menembusi cermin hadapan dan membunuh pemandu, Prebet Mat Aznan dan mencederakan seorang lagi anggota. Sumber: Military-Photos Komander MALBATT-1 kemudian menghubungi Mejar Ab. Aziz dan diarahkan berundur tetapi ditolak memandangkan tentera AS masih terperangkap di lokasi helikopter terhempas. Mej. Ab. Aziz kemudian mengarahkan Platun 1 bergerak terus ke hadapan bagi menggantikan Platun 2 yang hanya tinggal 2 kereta perisai yang masih elok. Tayar kereta perisai yang rosak. Sumber imej: Konflik dan Militer Akhirnya selepas menerima serangan yang beterusan, Mej Ab. Aziz menghubungi Kapt. Zawawi bagi membincangkan plan berundur bersama Ketua Kompeni Rangers Capt. White Stone. Dorang membuat perancangan berundur selepas mendapat maklumat ada sebuah kereta perisai milik negara pengaman lain 1000 meter dari tempat dorang berlindung. Anggota dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu anggota Rangers berada di hadapan, anggota Rangers yang cedera dan MALBATT-1 berada di tengah dan di belakang anggota Rangers lain. Semasa proses pengunduran tu, kumpulan dorang sekali lagi diserang dan terpaksa bertahan selama sejam sebelum kumpulan platun 3, Kompeni A datang membantu. Konvoi tu berjaya sampai ke Stadium Mogadishu iaitu kem tentera Pakistan menjelang subuh. Kem tentera Pakistan di Stadium Mogadishu. Sumber imej: Konflik dan Militer Pertempuran yang meragut banyak nyawaDi pihak tentera Malaysia, hanya seorang tentera saja yang meninggal iaitu Pbt. Mat Aznan B. Awang dan mencederakan 9 yang lain. Manakala pihak AS seramai 18 orang tentera elit dorang terkorban masa petempuran tersebut dan mencederakan 84 orang. Walaupun tiada rekod rasmi jumlah puak militia dan penduduk awam Somalia yang mati masa pertempuran tu, dijangka beratus-ratus nyawa telah melayang. Pertempuran yang memakan masa hingga 17 jam ni menjadi pertempuran yang memalukan bagi pihak AS selepas Perang Vietnam hinggakan Presiden Clinton mengarahkan tentera dorang berundur dari Somalia. Apa yang berlaku semasa Perang Vietnam nampaknya masih tidak menjadi pengajaran buat AS apabila memandang rendah ancaman puak militia ni. Sumber : Utusan, Kosmo, Giphy Sumber imej: Hermers’Wings, The Daily Beast, AR15.com
|