Edited by beruangmuda at 13-11-2017 09:29 PM
ARKIB
1. Album Terjual Lebih 5000 Unit Sebelum Pelancaran - Haters Who?
Oleh Farihad Shalla Mahmud
PETALING JAYA: Baru saja dilancarkan hari ini, album sulung Nur Fazura Sharifuddin berjudul Fazura mencatat sejarah tersendiri apabila dijual sebanyak 5,000 unit.
Pencapaian itu membolehkan Fazura menerima anugerah emas daripada syarikat rakamannya, Universal Music Malaysia, pada majlis pelancaran album berkenaan di sebuah hotel, di sini.
Mengulas kejayaan album itu, Aktres Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-27 itu mengakui sangat terharu apabila mengenangkan pengalaman pahit dan manis tatkala rakaman.
"Saya pernah dikecam dan dikritik oleh mereka yang tidak senang melihat saya menyanyi. Namun tak mengapa, saya anggap semua itu sebagai doa dan juga pembakar semangat untuk terus berjaya," kata pelakon berusia 34 tahun ini.
Fazura juga tidak dapat menahan sebak apabila dilihat mengalirkan air matanya ketika menyanyikan lagu, Hanya Tuhan Yang Tahu. Ia antara karya yang dimuatkan dalam album sulungnya itu.
Album yang mengambil masa setahun untuk disiapkan itu memuatkan sembilan lagu, antaranya Bangun, Bisa Apa, Cinderella, Cinta Langka, Hanya Tuhan Yang Tahu dan Only God Knows.
Single pertamanya, Sayangi Dirimu, yang dirakam semula dalam bentuk akustika turut dimuatkan dalam album itu.
Terdahulu, pada majlis sama, penyanyi Sayangi Dirimu ini turut diperkenalkan sebagai Duta Produk Sahajidah Hai-O Marketing.
2. Bakal Bertunang 13 November?? Dalam Mimpi Acik Kepam Jahhh
Oleh Farihad Shalla Mahmud & Zaidi Mohamad
Sementara itu, Fazura turut menegaskan dia sendiri tidak akan mengetepikan pihak media dalam soal berkongsi hal peribadi, termasuk perancangan masa depan.
"Saya dan Fattah pun sibuk bekerja. Saya juga terkejut dengan hal ini. Mungkin juga perkara terbabit bertebaran kerana gimik cerita lakonan kami kali kedua ini.
"Tapi yang jelas, kami hanya bertunang dalam cerita ini," kata Fazura.
Kelmarin, BH Online menyiarkan artikel mengenai desas-desus Fattah dan Fazura dikatakan akan melangsungkan pertunangan pada 13 November ini.
Namun, ketika dihubungi, masing-masing menafikan cerita pertunangan terbabit.
Pasangan pelakon ini mula rapat selepas kedua-duanya digandingkan dalam drama Hero Seorang Cinderella yang menemui penonton sebuah saluran berbayar pada Mei lalu.
3. Bakal Mengerjakan Umrah?? InsyaAllah..
|