CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4979|Reply: 4

Awek Tudung Promosi ‘Kondom Berduri’ Minta Maaf

[Copy link]
Post time 6-12-2017 03:52 PM | Show all posts |Read mode


PADA Selasa lalu, tular sebuah rakaman seorang gadis manis bertudung litup mempromosi dan menunjukkan cara penggunaan ‘kondom berduri’.

Tindakan yang dirasakan agak keterlaluan itu telah menyebabkan dia terpaksa menanggung malu dan menerima kecaman yang teruk di laman sosial.

Susulan insiden itu, wanita berusia 26 tahun tersebut telah tampil menjelaskan keadaan sebenar.

Menurut wanita yang tidak didedahkan identiti itu berkata, video yang tular itu dihasilkan hanya sekadar suka-suka dan bukan untuk ditayangkan mahupun dipertonton kepada umum.


“Saya bukan nak ‘viralkan’ (tularkan). Saya buat sendiri video itu dan beri kepada sepupu dan rakan wanita dalam ‘group’ WhatsApp dengan tujuan untuk menjualnya kepada mereka.
“Dalam video tu saya juga ada menyebut nama sepupu saya. Video itu bukan untuk tatapan umum tetapi sepupu dan kenalan wanita saya saja.
“Malu sangat selepas ‘viral’ di Facebook (FB),” katanya memetik Harian Metro.

Jelasnya lagi, pemilik kedai menjual barangan kosmetik di tempatnya bekerja turut sama menanggung malu ekoran penyebaran video berkenaan.

“Bagaimanapun, sehari selepas saya kongsi video itu dalam ‘group’ Whatsapp yang hanya ada 10 ahli terdiri daripada sepupu dan rakan wanita saya, terus video itu ‘viral’.
“Bukan saya yang ‘viralkan’, harap semua faham. Saya makan gaji dengan tauke kedai kosmetik, dia pun kena tempias dan malu,” jelasnya.

Bagaimanapun, wanita itu menerusi akaun Facebook miliknya telah tampil mohon maaf atas kesilapan yang telah dilakukan dan berjanji akan  lebih berhati-hati pada masa akan datang.

Sebelum ini tular di laman sosial sebuah video berdurasi satu minit dan 26 saat yang menyaksikan seorang wanita bertudung mempromosi ‘kondom berduri’.

Selain mempromosi, wanita tersebut dilihat turut mengajar cara penggunaan produk kesihatan seksual lelaki tersebut. – MYNEWSHUB.CC/AM





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2017 04:01 PM | Show all posts
yg sejenis manusia viralkan ni, mmg x pkk perasaan org! kesian dia, just promote utk bbrpa org je. yg lain plk hadap viralkan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2017 04:14 PM | Show all posts
chinta89 replied at 6-12-2017 04:01 PM
yg sejenis manusia viralkan ni, mmg x pkk perasaan org! kesian dia, just promote utk bbrpa org je. y ...



dah dia promote kat group watsapp pun mestilah viral. kwn2 pun bukan semua boleh percaya.
lagi pun ntah2 dia pun tak pesan jangan share




Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 10:14 PM | Show all posts
salah dia

kalau jenis tahu juga malu dan privacy xdenya bangang nak  promote sampai mcm tu sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa salahnya dia promote kondom. Patutlah masuk abad ni pun sex education tak diajar lagi kt sekolah. Taboooo. Ada aja sedara I kerja I.K p tunjuk cara guna kondom masukkn dlm buah pisang habis dia kena jerit oleh bapuk2. Oo kalau tengok drama melayu yg ada adegan peluk pegang tangan sentuh pipi bukan mahram boleh pula
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 10:50 AM GMT+8 , Processed in 0.053388 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list