Wah, marah betul netizen apabila Facebook (FB) Persatuan Makcik Puaka berkongsi sebuah artikel daripada Gempak!. Awat marah sangat tu bang?
Foto: FB Persatuan Makcik Puaka
Portal Gempak! baru-baru ini, mengeluarkan sebuah artikel bercerita mengenai adab lelaki ketika menghadiri sesebuah majlis seperti dipetik dari SAYS.
"Wahai Lelaki, Tolonglah Jangan Pakai Tshirt Atau Jersi Bila Pergi Majlis. Biadap Tahu Tak?" tajuk artikel berkenaan.
Menurut artikel itu, sikap lelaki agak berbeza berbanding wanita yang gemar berpenampilan kemas dan agak teliti apabila menyentuh isu fesyen.
"Hari-hari pakai T-shirt, hari-hari pakai jersi, hari-hari pakai jeans, hari-hari pakai selipar, hari-hari pakai seluar pendek, hari-hari selekeh dan tak kemas, sampai pergi majlis pun tak reti nak pakai elok-elok," tulisnya.
Bagaimanapun, artikel berkenaan menerima reaksi negatif daripada netizen kerana beranggapan tidak adil hanya nama 'lelaki' yang dipetik.
"Mohon orang perempuan pergi majlis kahwin pakai jubah. Biadab sungguh pakai pakaian macam sarung nangka! Senak kami siapa yang tahu?" komen netizen.
Foto: Azhar Mazlan/SAYS
Foto: FB Persatuan Makcik Puaka
Amboi, ramainya yang panas dengan isu ni. Setiap orang mempunyai pandangan berbeza-beza. Namun, penulis bersetuju dengan pendapat 'sarung apa pun tak kisah' selagi masih kemas dan kelihatan sopan. Tak macam tu, semua? - CARI |