View: 1603|Reply: 10
|
Rukyatulhilal....(not Kygo Star - Gazing this time I 'm Afraid )
[Copy link]
|
|
Edited by mbhcsf at 8-4-2018 10:39 PM
Menguak rasa kehambaan di sebalik amalan rukyatulhilal
By
Editor Yadim -
Friday, 2 February, 20180
7sumber pautan asal:
http://www.yadim.com.my/v2/menguak-rasa-kehambaan-di-sebalik-amalan-rukyatulhilal/
astronomy is always appealing, very appealing discipline ( among 'certain people hahaha' they tend to use the word 'sexy ' when referring to certain cool, interesting stuffs but ...but then it is inappropriate to be used here as we are talking about knowledge , the adab) so here you go....
Oleh MOHAMAD FAIZAL JANI “ Akak, kita dah nak puasa ke?” tanya Upin. “Aah…esok atau lusa,” jawab Kak Ros.
“Tapi kak, macamana kita nak tahu kita nak mula puasa?” tanya Upin. “Kenalah tengok anak bulan dulu. Kalau nampak, esok puasalah, kalau tak, lusalah puasa,” jawab Kak Ros. “Aik! Bulan ada anak?” tanya Upin minta kepastian. “Ada..” jawab Kak Ros. “Betul ke?” tanya Upin keliru. “Betul, kalau tak percaya malam ni tunggu. Keluar la nanti.” Jawab Kak Ros sambil tersenyum melihatkan gelagat adiknya itu.
|
|
|
|
|
|
|
|
*****
Jika anda peminat tegar rancangan televisyen Upin dan Ipin, pasangan kembar yang comel dan bijak berbicara serta dikenal seluruh rakyat Malaysia ini, tentu anda pernah mendengar petikan dialog di atas dalam salah satu episodnya.
Dialog di atas mengisahkan bagaimana amalan melihat anak bulan atau rukyatulhilal sangat sinonim dengan ibadah puasa, malah merangkumi penentuan tarikh sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Ini menunjukkan secara umumnya, umat Islam sudah tahu mengenai hubung kait antara amalan rukyatulhilal dengan puasa dan hari raya.
Namun, berapa ramaikah di kalangan kita pernah bersama-sama rukyatulhilal? Adakah kita pernah merasakan rukyatulhilal itu adalah satu suruhan yang sangat penting dan besar? Adakah kita tergolong dalam kumpulan mereka yang tidak mahu ambil tahu tentang hal tersebut, yang penting bagi kita keputusannya saja, iaitu bilakah kita mahu mula berpuasa atau berhari raya?
Saya tidak berniat untuk menjawap setiap persoalan di atas. Tapi yang ingin saya kongsikan di sini adalah rahsia besar disebalik amalan rukyatulhilal. Masyarakat mengambil mudah amalan rukyatulhilal, mungkin kerana belum dapat memahami sepenuhnya rahsia di sebaliknya. Dengan mengetahui rahsia atau hikmah sesuatu perkara, maka saya yakin selepas ini barulah kita menghargai amalan rukyatulhilal ini. Malah mungkin kita akan memastikan diri kita tidak ketinggalan setiap kali ada majlis rukyatulhilal selepas ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam surah ali-Imran ayat 190, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal.” Imam al-Qurtubi dalam mensyarahkan ayat ini membawa sebuah hadis panjang mengenai sebab turunnya ayat. Di akhir hadis itu, Nabi SAW telah menegaskan yang bermaksud: “Celakalah bagi yang membaca ayat ini, namun tidak memikirkannya!” (HR Ibnu Hibban dalam Sahihnya, no. 621; isnadnya sahih sesuai dengan syarat Muslim, sebagaimana yang dikatakan oleh Syaikh Syu’aib Al-Arna’uth). Jelas dalam ayat ini, Allah SWT telah menegaskan bahawa perjalanan alam ini adalah satu tanda pada kebesaran Allah SWT. |
|
|
|
|
|
|
|
Amalan rukyatulhilal perlu kita lakukan bagi menyahut saranan yang telah diberikan Baginda SAW. Ini bersandarkan hadis antaranya: “Berpuasa bila kamu melihatnya (hilal Ramadan), berhari rayalah bila kamu melihatnya (hilal Syawal), sekiranya penglihatanmu dilindungi awan, maka sempurnakan bulan Syaaban 30 hari,” (HR Bukhari). Kebanyakan para ulama menyatakan bahawa hukum rukyatulhilal ialah fardu kifayah.
Seperti fardhu kifayah yang lain, ia merupakan ibadat yang mempunyai pahala yang sangat besar kerana orang yang melaksanakan rukyatulhilal telah melepaskan tanggungan majoriti umat Islam yang lain dalam satu-satu negeri. Tanpa perlu merujuk kepada hasil rukyatulhilal sama ada hilal (anak bulan) kelihatan atau tidak, mereka yang berusaha rukyatulhilal akan tetap mendapat pahala.
Seperti lubuk pahala, orang yang rukyatulhilal beroleh pahala yang berlipat ganda.
Jika kita gabungkan petikan ayat dari ali-Imran dan dua hadis di atas, maka sudah pasti kita melihat ada sesuatu yang menarik di sini.
Alam ini adalah tanda kebesaran Allah SWT dan salah satu dari alam ini ialah Bulan. Dalam erti kata lain, rukyatulhilal adalah antara jalan untuk kita lebih mengenali dan menyedari kehebatan Allah SWT melalui ciptaan-Nya. Persoalannya, bagaimana ini boleh berlaku?
|
|
|
|
|
|
|
|
Hilal
Hilal adalah fasa bulan yang unik. Rasulullah SAW pernah ditanya tentang hikmah pembentukan hilal. Maka Allah SWT menjawab dalam surah al-Baqarah ayat189 : “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (peredaran) anak-anak bulan. Katakanlah: “(peredaran) anak-anak bulan itu menandakan waktu-waktu (urusan dan amalan) manusia, khasnya ibadat Haji.” Dalam tafsir al-Jalalayn telah menghuraikan keadaan Hilal dengan maksud: “Pada permulaannya tampak kecil tipis kemudian terus bertambah hingga penuh dengan cahaya. Lalu kembali sebagaimana permulaan, maka keadaannya tidak seperti matahari yang tetap.”
Berdasarkan pengalaman penulis, hilal adalah fasa bulan yang nipis, berbentuk lengkung seperti sabit, mempunyai cahaya yang malap dan berada di ufuk barat dalam tempoh yang sekejap saja. Kewujudannya di ufuk langit barat sangat indah kerana ia umpama bilah sabit emas melengkong di balik awan. Malah penulis pernah bersama-sama dengan ahli masyarakat yang pertama kali melihat hilal. Kebanyakkan mereka akan menjerit girang, sambil menyatakan bagaimana cantiknya hilal di ufuk.
Bagaimanakah pembentukan hilal itu berlaku? Keunikan hilal, menyebabkan hingga ke hari ini belum ada formula mutlak yang dapat memberikan jawapan, bilakah hilal paling awal dapat dilihat? |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi memahami bagaimana hilal terbentuk, kita perlu memahami orbit Bulan.
Tempoh pusingan Bulan mengelilingi Bumi dalam kiraan takwim Qamariyah ialah 29.530589 bersamaan 29 hari 12 jam 44 minit dan 02.9 saat.
Ia dinamakan Bulan Sinodik. Bulan Sinodik adalah tempoh masa Bulan untuk mengelilingi Bumi merujuk kepada kedudukan Matahari. Ia akan bermula dengan fasa ijtimak iaitu Bulan berada di antara Matahari dan Bumi menyebabkan bahagian Bulan yang bercahaya mengadap ke arah Matahari, sementara bahagian yang gelap pula akan mengadap ke arah Bumi.
Dalam ilmu falak, ijtimak merupakan pemisah antara pusingan Bulan lama dan Bulan baru. Bulan ketika ini berada dalam fasa ‘new moon’ atau ‘al-Muhaq’. Istilah ini mengambarkan bulan sudah menyempurnakan pusingannya mengelilingi Bumi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ketika ijtimak, Matahari dan Bulan akan berada di garisan Longitud Samawi yang sama tetapi di Latitud Samawi yang berbeza.
Dengan mengetahui waktu ijtimak, kita juga akan mengetahui kemungkinan untuk berlakunya gerhana Matahari.
Ini berlaku apabila Matahari dan Bulan berada di titik silang Longitud dan Latitud Samawi yang sama. Dalam istilah falak ia disebut sebagai Titik Nod atau ‘Uqdah’.
Berdasarkan kaedah yang digunakan oleh ilmuan Islam, ijtimak dikenal dengan melihat kedudukan Matahari dan Bulan yang berada pada buruj yang sama.
Contohnya, bila Matahari dan Bulan berada di Buruj Hamal, maka kita tahu bahawa ijtimak akan berlaku.
Dengan maklumat ini, ia juga bermakna apabila Matahari dan Bulan berada pada buruj yang bertentangan, Bulan akan berada pada fasa Bulan Penuh (istiqbal).
|
|
|
|
|
|
|
|
Bulan beredar dan bergerak di atas satahnya dalam purata 13o sehari atau 0.5 jam. Manakala Matahari beredar di satahnya dan ia bergerak hampir 1o sehari. Ini menunjukkan pergerakan Bulan adalah lebih laju berbanding Matahari. Selepas fasa ijtimak berlaku, bahagian Bulan yang bercahaya akan kelihatan sedikit demi sedikit dari kedudukan kita di Bumi. Ia berlaku apabila Bulan bergerak semakin jauh dari Matahari. Dari sudut pandang kita di bumi, Bulan akan berpindah ke arah timur Matahari. Maka, ketika Bulan pertama kali kelihatan, itulah yang dinamakan hilal. Ini bermakna hilal adalah fasa pertama cahaya Bulan akan kelihatan dari bumi selepas ia hilang dari penglihatan. Oleh kerana bulan tidak mengeluarkan cahaya, maka apabila permukaan Bulan yang bercahaya mengadap sedikit ke arah Bumi ketika itulah kita dapat melihat Bulan dalam fasa hilal. Lihatlah bagaimana hanya dengan peralihan kedudukan Bulan, kita seolah melihat Bulan berubah-ubah bentuknya. |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam konteks kita di Malaysia, hilal boleh dianggarkan dapat dilihat sekiranya ketika Matahari terbenam, ketinggian hilal di atas ufuk tidak kurang daripada 2° dan jarak lengkung (jarak antara bulan-matahari) tidak kurang daripada 3°. Hilal juga dianggarkan dapat dilihat apabila ketika bulan terbenam, umur hilal tidak kurang daripada 8 jam. Ia diperolehi dengan mendapatkan beza waktu Ijtimak dan waktu Bulan terbenam. Syarat di atas disebut sebagai Imkanur Rukyah atau kebolehnampakan hilal. |
|
|
|
|
|
|
|
Faktor lain, hilal boleh dilihat ialah dengan mengambil jarak Bulan dari Bumi. Ini kerana jarak Bulan ke Bumi secara puratanya ialah 384,400 km. Namun, Bulan juga mempunyai jarak terdekat (perigee) iaitu 356,749 km dengan semi diameter 0o 16’ 46” dan jarak terjauh (apogee) iaitu 406,282 km dengan semi diameter 0o 14’ 42”. Inilah yang menyebabkan saiz Bulan berubah-ubah berdasarkan jaraknya dari Bumi pada setiap kali orbitnya, di mana beza saiz Bulan ialah 12 %. Ketika Bulan dekat dengan Bumi, hilal akan lebih jelas dan pergerakannya akan lebih laju meninggalkan Matahari. Maka peluang melihat hilal adalah lebih baik. Ketika Bulan berada pada jauh dari Bumi, keadaan sebaliknya pula akan berlaku. |
|
|
|
|
|
|
|
Dari perkara yang telah dijelaskan di atas menunjukkan bahawa, rukyatulhilal adalah aktiviti yang sangat menarik. Kita akan memperolehi pahala yang besar dan maklumat yang sangat berguna.
Semua itu akan menyedarkan kita bahawa Bulan adalah contoh kehebatan Allah SWT menyusun dan mentadbir alam ini. Kita juga akan lebih sedar bagaimana Bulan adalah bukti ketundukan makhluk kepada Khaliknya. Bulan tetap berada pada ‘jalan yang lurus’ dan hanya berada ‘hududnya’.
Sejauh mana ia berada dari Bumi, ia tahu jalan pulangnya, dan sejauh mana ia mahu menghampiri Bumi ia tahu itulah hadnya.
Di sebalik amalan rukyatulhilal, kita berdoa agar Allah SWT akan membukakan kita lebih banyak rahsia alam ini, dan semoga dengan itu juga ia akan menguatkan rasa bahawa kita adalah hamba-Nya yang kerdil. MAJALAH DAKWAH
Mohamad Faizal Jani ialah Pegawai Hal Ehwal Islam, Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Perak
|
|
|
|
|
|
|
| |
|