CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5416|Reply: 32

Ditinggalkan Kekasihnya Kerana Masalah Jerawat. Namun Setelah 6 Bulan, Bekas Kek

[Copy link]
Post time 4-5-2018 05:57 PM | Show all posts |Read mode


Setiap perhubungan itu dibina di atas dasar kasih sayang, percaya dan saling hormat-menghormati. Namun kebiasaanya, bukan senang untuk kita mencari pasangan yang boleh menerima diri kita dengan seadanya.

Begitulah nasib seorang wanita yang dikenali sebagai Mollie Cowin. Gadis yang berusia 22 tahun dan berasal daripada Kent, Britain ini telah patah hati setelah dirinya ditinggalkan oleh kekasihnya.



Namun, perpisahan mereka ini bukanlah berpunca daripada campurtangan pihak ketiga, namun sebaliknya berpunca daripada masalah jerawat kronik yang dihidapi oleh Mollie sendiri.

Mollie yang berkerja di sebuah bank sering mengalami masalah kulit muka berjerawat sejak beliau berusia 14 tahun lagi.

Putus asa dengan jerawat pada wajahnya yang tidak pernah surut meskipun pebagai jenis produk kecantikan telah beliau cuba. Mollie kemudiannya berserah kepada takdirnya sahaja.



Mengakui yang beliau telah menghabiskan sebahagian besar daripada pendapatannya untuk menjalani rawatan kulit muka dan membeli pelbagai jenis produk kecantikan, beliau akhirnya terpaksa mengalah dan berasa kecewa.

Namun, tidak mahu mengalah, Mollie kemudiannya bercadang untuk mendokumentasikan keadaan mukanya sebelum dan selepas menggunakan setiap produk yang baru dicubanya.




Walau bagaimanapun, hasratnya itu telah dihalang oleh kekasihnya pada waktu itu.


“Bila saya beritahu niat saya untuk memuatnaik keadaan kulit wajah saya di laman Instagram, dia memberitahu saya yang ianya bukanlah sebuah idea yang bagus sekiranya gambar-gamar itu dilihat oleh rakan-rakan di Instagram,” beritahu Mollie.

Apabila ditanya mengapa beliau masih meneruskan perhubungannya dengan kekasihnya pada ketika itu meskipun beliau tidak mendapat layanan yang baik, berikut merupakan jawapan Mollie.


“Saya setia kepada dia sebab aku tidak percaya pada diri saya sendiri pada ketika itu. Aku berazam untuk menghilangkan jerawat pada wajah saya supaya dia boleh menerima saya…”

Mungkin sudah fed-up mencuba produk-produk yang dijual di farmasi dan di Instagram, Mollie kemudiannya telah mengambil keputusan untuk berjumpa dengan seorang doktor pakar kulit.

“Saya minta pendapat doktor untuk memberikan sesuatu yang boleh menyembuhkan masalah kulit saya. Setelah keluar daripada bilik rawatan, doktor telah memberikan saya Roaccutane dan meminta saya supaya mengambilnya selama 6 bulan.”



Pada mulanya, Mollie agak ragu-ragu dengan rawatan yang diberikan oleh doktor pakar tersebut. Namun setelah memikirkan tentang masalah kulit muka berjerawat yang sentiasa menghantuinya, beliau akhirnya rela dan bersetuju untuk menjalani rawatan seperti apa yang telah disyorkan oleh doktor itu.

Setelah 6 bulan menjalani rawatan itu, Mollie mula mendapati kesan-kesan positif pada bahagian kulit wajahnya. Jerawat yang hodoh itu telah perlahan-lahan hilang dan kulit wajahnya kembali menjadi halus seperti seorang remaja.



“Apa yang saya telah lalui bukan sahaja telah mengubah kulit wajah saya. Malah, saya telah berjaya menemui kembali keyakinan diri yang telah saya hilang pada beberapa tahun dahulu.”
“Saya juga sudah tidak bercinta dengan kekasih yang sering menghina dan memperkecil-kecilkan saya dahulu, hanya kerana masalah jerawat yang saya alam,” beritahu Mollie.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2018 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak.kiss pon x selera kot
Ko cr laki.lain.la.bila.dh cun.neh..
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2018 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik bila muka licin dah.. Jerawat kdg lg kita sapu mcm2 lg dia membiak tp bila jumpa yg serasi guna..lenyaplah dia..
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2018 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
X boleh salahkan ex.. aku tgk.pun geli.. area mulut mcm kudis buta camna nak.kiss2
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2018 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Eh kalu nk kiss mesti kulit bertemu kulit. Mesti la bf dia takut.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2018 12:50 AM | Show all posts
Jerawat ke STD tu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-5-2018 08:48 AM | Show all posts
oklah at least dia tahu who left after the storm khen..
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2018 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Roaccutane tu ubat apa
Jerawat sekitar mulut ni sebab hormon kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2018 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian sheols, jerawat pon mcm cold sores!!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2018 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh pulak jerawat tu tumbuh sekitar mulut je..
Dah mcm kena std.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2018 11:12 AM | Show all posts
Rasa takut bila tengok jerawat dia di bahagian mulut tu. Tapi bila dah sembuh dan tiada jerawat, wowww..........
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2018 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Kanke baguih jumoa doctor dr awal.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2018 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Oklahh ubat tu...parut pon hilang...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2018 03:42 PM | Show all posts
accutane mmg bagus. sapa ada jerawat teruk, selalunya doktor akan bagi accutane. mmg terus clean & clear.


tp klo setakat jerawat seketul dua, sapu je tea tree oil. takpun niacinamide. insyaAllah ok
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2018 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
babydoll replied at 6-5-2018 03:42 PM
accutane mmg bagus. sapa ada jerawat teruk, selalunya doktor akan bagi accutane. mmg terus clean & c ...

Jerawat atas idung bley guna y sama ke?geram laa..suka sgt naik jerawat kt idung ni..sebijik besar..
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2018 05:16 PM | Show all posts
salmon-suki replied at 6-5-2018 04:24 PM
Jerawat atas idung bley guna y sama ke?geram laa..suka sgt naik jerawat kt idung ni..sebijik besar ...

blh je u. samada tea tree oil atau niacinamide. usually dua ni berkesan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2018 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Accutane is my life savior too!!!
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2018 10:01 AM | Show all posts
Cantiknya dia lepas muka dah licin. Nampak muda
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2018 01:21 PM | Show all posts
shernazz replied at 4-5-2018 07:17 PM
Nak.kiss pon x selera kot
Ko cr laki.lain.la.bila.dh cun.neh..

jerawat keliling bibir nak kiss apa? kang terjilat nanah jerawat hahahahha
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2018 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Eeee I lak geram tgok jerawat dia
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 12:16 PM GMT+8 , Processed in 1.614048 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list