CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2230|Reply: 3

Selamat menyambut Ramadhan

[Copy link]
Post time 16-5-2018 01:01 AM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 16-5-2018 08:25 AM



        TIPS DAN NASIHAT  RAMADHAN
“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasasebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu
bertakwa,
(iaitu) dalam beberapa hari yangtertentu.Maka barang siapa di antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan(lalu ia berbuka),maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yangditinggalkan itu pada hari-hari yang lain.Dan wajib bagi orang-orang yang berat
menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah,(iaitu):memberi makan seorang miskin.Barang siapa yang dengan kerelaan hatimengerjakan kebaikan, maka itulah yang lebih baik baginya.Dan berpuasa
lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.
(Beberapa hari yangditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan(permulaan) Al Qur'an sebagai petunjuk bagi
manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu danpembeza (antara yang hak dan yang batil).Justeru , barang siapa di antara
kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, makahendaklah
ia berpuasa pada bulan itu, danbarang siapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblahbaginya berpuasa),sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yanglain.Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaranbagimu.
Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamumengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya
kamu bersyukur.”
           Al-Quran surahAl-Baqarah
1.RAMADHAN IALAH BULANMENGUMPUL PAHALA DAN MENDAPAT KEAMPUNAN.MANFAATKAN SEBAIKNYA.JANGAN JADIKANRAMADHAN BULAN LONGGOKAN DOSA DAN NODA.
2.PUASA BUKAN SEKADAR TIDAKMAKAN MINUM NAMUN  MENGHAYATI HIKMAHBERPUASA DAN MUHASABAH DIRI .
3.RAMAI BERPUASA NAMUNTINGGALKAN SOLAT 5 WAKTU,IA ADALAH SALAH.PUASA ADALAH WAJIB ,MANAKALA SOLAT 5WAKTU JUGA WAJIB.PUASA RAMADHAN NAMUN TINGGALKAN SOLAT 5 WAKTU  AMAT SIA-SIA DAN BODOH .
4.WAKTU MAGHRIB AMATPENDEK.SEBAIKNYA BERBUKA DENGAN ALA KADAR SEPERTI MINUM AIR ,MAKAN BUAHKURMA,LANTAS  MEMBERSIHKAN MULUT,BERWUDUK DAN TUNAIKAN SOLAT MAGHRIB.AMAT RUGI MEREKA YANG SOLAT MAGHRIB DIMANA WAKTU MAGHRIB TELAH BERAKHIR .
5.RAMAI  BERBUKA DAN MAKAN MINUM HINGGA MEMBAZIR PADARAMADHAN .ELAKKAN PEMBAZIRAN MAKANAN DAN MINUMAN.
6.ADA JUGA YANG RAJIN SOLATTERAWIH NAMUN TIDAK TUNAIKAN SOLAT 5 WAKTU SEDANGKAN SOLAT TERAWIH ITU SUNAT NAMUN SOLAT 5 WAKTU ADALAH WAJIB.BERUSAHALAH KONSISTEN SOLAT 5 WAKTU DAN SOLAT TERAWIH.JANGAN ABAIKAN SOLAT 5WAKTU .
7.MEMBACA QURAN AMAT BESARPAHALA DALAM RAMADHAN.IMAM SYAFEI RAHIMAHULLAH KHATAM 60 KALI DALAM SEBULANRAMADHAN.INI BERMAKSUD SEHARI DUA KALI KHATAM QURAN.
8.RAMADHAN JUGA PERLU MENJADIBULAN MUHASABAH DIRI DENGAN BERUSAHA MENGUBAH SEMUA  SIFAT NEGATIF KEPADA POSITIF SERTA KONSISTENSELEPAS RAMADHAN.
9.ANTARA HIKMAH PUASA IALAHMERASAI KEPERITAN MEREKA YANG MISKIN DAN DAIF YANG KEKURANGAN MAKANAN DAN                    MINUMAN . SEBAGAI CONTOHMASIH BANYAK NEGARA MISKIN SEPERTI  NEGARA2 AFRIKA SPT SOMALIA .NAMUN  MASIH RAMAI YANG MAKAN DENGAN AMAT BERNAFSU DALAM RAMADHAN SEHINGGA KENYANG  MELAMPAU SEAKAN TIDAK MEMAHAMI HIKMAHBERPUASA .SEDERHANALAH DALAM PEMAKANAN .
10.RAMADHAN IALAH BULAN DI MANADOA AMAT MAKBUL.PERBANYAKKAN DOA SIANG DAN MALAM.BANYAKKAN DOA SEPERTIGA MALAMSELEPAS SOLAT TAHAJJUD.
11.SOLAT TERAWIH,SOLAT WITIR,SOLAT TAHAJJUD,SOLAT TAUBAT,SOLAT HAJAT DAN LAIN-LAIN SOLAT SUNAT  PERLURAJIN DIAMALKAN PADA RAMADHAN.
12.PERBANYAKKAN MAKANAN YANGBERKHASIAT SEPERTI BUAHAN SEGAR DAN SAYURAN .BANYAKKAN MINUM AIR MINERAL PADAMALAM DAN AWAL PAGI SEBELUM AZAN SUBUH.
13.ZIKIR ADALAH AMALAN PALINGMUDAH DAN RINGKAS.PERBANYAKKAN ZIKIR  SEPANJANG RAMADHAN.
14.NAFSU MEMBELI PELBAGAI  JUADAH PADA RAMADHAN MEMANG AMAT KUAT.BELIMAKANAN MINUMAN ALA KADAR SAHAJA BAGI MENGELAKKAN PEMBAZIRAN.TETAPKAN MASA 10MINIT SAHAJA BERADA DI TAPAK BAZAR RAMADHAN.
15.KURANGKAN TIDUR BANYAKKANIBADAT .
16.BANYAKKAN BERSEDEKAH DENGANIKHLAS.
17.10 HARI TERAKHIRRAMADHAN  BANYAKKAN IKTIKAF DI MASJID,BACA QURAN,SEDEKAH,ZIKIR DLL.
18.KURANGKAN CAKAP BANYAKKANIBADAT .
19.USAHA AGAR KHATAM QURAN PALINGKURANG 1 KALI DALAM RAMADHAN.JIKA MAMPU KHATAM 15 KALI SEBULAN RAMADHAN ADALAHLEBIH BAIK.
20.JAUHI MENGUMPAT DANMEMFITNAH  KERNA IA DOSA BESAR.
21.JAUHI MENJADI BATU APIKERANA IA  JUGA DOSA BESAR.
22.BERUSAHA MEMBACA SURAHAL-MUKMINUN SETIAP HARI DAN FAHAMI SETIAP AYAT-AYATNYA.
23.APA SAHAJA DILAKUKAN PERLUDIIRINGI DENGAN KEIKHLASAN.
24.UTAMAKAN YANG WAJIB .JANGANSIBUK MELAKUKAN SUNAT NAMUN MENGABAIKAN YANG WAJIB.CONTOHNYA ,LAKUKAN SOLATTERAWIH TAPI TINGGALKAN SOLAT FARDHU 5 WAKTU .
25.BACA SURAH AL-IKHLASSEBANYAK MUNGKIN DALAM RAMADHAN  .
26.BACA AL-MA’THURAT SETIAPHARI .
27.JAUHI MANUSIA JAHIL DANMUNAFIK.
28.BERUSAHA MEMAHAMI QURAN  SEBAIKNYA .JIKA TIDAK TAHU BAHASAARAB,BACALAH TERJEMAHAN QURAN DALAM BAHASA YANG DIFAHAMI.
29.ELAKKAN MEMBELI JUADAH DARIPENIAGA BAZAR RAMADHAN YANG TIDAK SOLAT 5 WAKTU DAN  SENGAJA TIDAK BERPUASA TANPA KEUZURAN SYARIE.
30.ELAKKAN TIDUR SELEPAS SOLATSUBUH.
31.SELEPAS SOLAT SUBUH ,SEBAIKNYA BACA QURAN,BERZIKIR DAN BERDOA .
32.HADIR KULIAH AGAMA SAMA ADA KULIAH MAGHRIB,KULIAH SUBUH SETIAP HARI JIKA MAMPU .
33.SOLAT TERAWIH BOLEHDILAKUKAN 8 RAKAAT ATAU 20 RAKAAT .BOLEH DILAKUKAN SENDIRIAN ATAU BERJEMAAH.
34.JAUHI  MELAKUKAN PERBUATAN SIA-SIA.
35.BACA KISAH PERANG BADAR DIMANA IA BERLAKU PADA RAMADHAN.
36.KETIKA ZAMAN KEKEJAMAN PUAKKUFFAR DAN TENTERA SALIB SUATU MASA DAHULU ,UMAT ISLAM DIPAKSA MAKAN MINUM PADASIANG RAMADHAN .MALAH MEREKA DIPAKSA MAKAN BABI.JIKA ENGGAN ,MEREKA AKANDIBUNUH.BERSYUKURLAH MENJADI RAKYAT MALAYSIA DI MANA UMAT ISLAM BOLEH BERIBADATDENGAN SEBAIK MUNGKIN.
37.HADIS NABI SAW YANGBERMAKSUD  “TIDUR ORG BERPUASA IALAHIBADAH” ADALAH HADIS LEMAH MENGIKUT PENDAPAT BEBERAPA ULAMA’ HADIS.IMAMALBANI  DAN IMAM  BAIHAQI RAHIMAHUMULLAH  MENGATAKAN HADIS INI LEMAH KERNA PERAWINYA AMATLEMAH INGATAN.IMAM ALHAFIZ AL IRAQI RAHIMAHULLAH MENGATAKAN SALAH SEORANGPERAWINYA BERNAMA SULAIMAN BIN OMAR AN-NAKHOFI ADALAH TERMASUKPENDUSTA.MANAKALA IMAM IBNU ‘ADI RAHIMAHULLAH MENGATAKAN HADIS INI MUNKAR!
38. HADIS NABI SAW “BERPUASALAHNESCAYA KAMU SIHAT”
ADALAH HADIS LEMAH MENGIKUTIMAM AL HAFIZ AL-‘IRAQI RAHIMAHULLAH .
39.HADIS NABI SAW “SEKIRANYAHAMBA-HAMBA MENGETAHUI MANFAAT RAMADHAN NESCAYA MEREKA AKAN IMPIKAN SEPANJANGTAHUN ADALAH RAMADHAN ….” .HADIS INI PALSU MENURUT IMAM IBNU JAUZIY DAN IMAM SYAUKANI  RAHIMAHUMULLAH  .
40.HADIS NABI SAW “BULANRAMADHAN ADALAH BULAN ALLAH,DAN BULAN SYA’ABAN ADALAH BULANKU,SYA’ABAN  BULAN MENYUCIKAN DAN RAMADHAN MENGHAPUSKANDOSA”
IMAM ALBANIY RAHIMAHULLAHMENGATAKAN HADIS INI TERAMAT DAIF.
41.JANGAN SEBARKAN HADISPALSU.BUAT SEMAKAN HADIS MELALUI LAMAN WEB WWW.DORAR.NET.
“BARANGSIAPA YANG BERDUSTA ATASNAMAKU SECARA SENGAJA MAKA HENDAKLAH IA MENEMPATKAN TEMPAT TINGGALNYA DINERAKA”
HADIS SAHIH  NABI SAW RIWAYAT IMAM BUKHARI DAN MUSLIMRAHIMAHUMULLAH
42.BERUSAHA AMALKAN SUNNAH DANTINGGALKAN BIDAH.
43.BERUSAHA SEBAIK MUNGKINDENGAN IBADAT TERBAIK DAN CEMERLANG SEAKAN-AKAN IA RAMADHAN TERAKHIR .
44.SELIDIKI PERBEZAAN ORANGISLAM DAN ORANG BERIMAN.
45.HANTAR SUMBANGAN KEPADAFAKIR MISKIN,ANAK YATIM DAN MEREKA YANG MEMERLUKAN SEIKHLASNYA.
46.BELIKAN PAKAIAN BARUDIHADIAHKAN KEPADA ANAK YATIM,FAKIR MISKIN DAN MEREKA MEMERLUKAN.
47.SENTIASA MENAMBAHKAN ILMUAGAMA.
48.GEMBIRAKAN GOLONGAN WARGATUA TERUTAMA SEKALI MEREKA YANG TINGGAL DI RUMAH ORANG TUA.
49.ZIARAHILAH ANAK-ANAK YATIM .
50.FIKIRKAN KESALAHAN DIRISENDIRI DAN MUHASABAH.UBAH SIKAP NEGATIF KEPADA POSITIF DAN KONSISTEN.
51.BERUSAHALAH QADAK SOLAT  FARDHU YANG DITINGGALKAN SELAMA INI SETIAPHARI SEKURANGNYA 100 WAKTU SEHARI.
52.TULIS DIARI RAMADHAN…..FIKIRKAN SEMUA KESILAPAN DAN KESALAHAN SERTA BUAT PENAMBAHBAIKAN PADA  RAMADHAN AKAN DATANG ……
SUMBER :
1.BUKU-BUKU FEQAH.
2.BUKU-BUKU HADIS.
3.LAMAN –LAMAN WEB.
4.DAN LAIN-LAIN.
TIADA HAKCIPTA.PENYEBARANDIGALAKKAN SEANTERO DUNIA.TERIMA KASIH.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2018 08:26 AM | Show all posts
Saya mengucapkan Ramadan Kareem to all my brothers and sisters ...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2018 08:29 AM | Show all posts
Selamat Datang bulan Ramadhan yang mulia.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh permulaan puasa bagi negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada 17 Mei ini bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong selepas diperkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.


https://www.facebook.com/drzulmuftiwp
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2018 08:31 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 12:27 AM GMT+8 , Processed in 0.046703 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list