Dari fb Jai Huzaifah
Time aku tengah lepak minum teh tarik di maple NZ Curry house wangsamaju makcik ni datang ke meja aku sambil menunjukkan barang yang die jual..ade keropok keping dan banyak lagi lah...banyak dijual di padang besar...aku pun angkat tangan dan senyum tanda menolak...die pun beredar ke meja lain...
Selesai minum aku pun pergi bayar di kaunter...terlihat makcik tu ade lagi...ade 2 orang akak tengah beli...tetibe rasa bersalah pulak aku tak beli keropok dengan makcik tadi...mata aku perati je makcik tu jalan dari meja ke meja...semua tolak...akak 2 orang tadi tu je yang beli...
Makcik tu pun keluar ikut tepi maple tu menuju ke belakang. Dalam hati aku cakap mesti makcik tu nak pergi kedai lain pulak untuk jual keropok. Sebab banyak lagi kat tangan die. Aku pun stat kereta pusing maple menuju ke belakang.
Ternampaklah makcik tu bawah khemah. Kebetulan ade paking betul2 depan khemah tu aku pun masuk paking duk diam2 dalam kereta sambil perati makcik tu. Makcik tu tak perasan pun aku tengok die. Khemah tu bukan die punya. Malam ade orang meniaga kat situ. Makcik tu tumpang letak barang die je bawah khemah tu.
Tetiba aku ternampak makcik tu buka beg plastik. Aku nampak ade 2 bungkus nasi lemak. Time ni aku dah mula touching. Sekarang dah tengahhari tapi makcik tu makan nasi lemak je. Makcik tu keluarkan sebungkus dan terus makan. Makan 2-3 suap, die bungkus masuk plastik balik mungkin untuk buat makan petang pulak kot. Tetiba mata masuk habuk. Aku dongak ke atas nak cari langit nak tahan ternampak bumbung kereta, lupa pulak aku dalam kereta. Aku tewas. Damm... Mujur ade tisu dalam kereta...
Demi kelangsungan hidup makcik ni terpaksa bekerja. Jika diberi pilihan bekerja atau berehat di rumah, sudah tentu die akan pilih rehat di rumah. Aku selalu berfikir untuk menambah pendapatan sedangkan pendapatan sudah cukup tetapi ade orang yang pendapatannye hanya cukup cukup makan saje atau boleh jadi tak cukup makan... Allahu Akbar...
Aku keluar dari kereta pergi kepada makcik tu aku hulur lah sikit bantuan. "Makcik, nah saya sedekah.." makcik tu terus terima tanpa was was dengan senyuman ikhlas sambil die keluarkan sepeket keropok nak bagi aku. Makcik tu cakap, "nah...makcik nak sedekah jugak.." sekali lagi ak touching bile makcik tu cakap nak sedekah jugak. Aku tolak dan cepat cepat masuk kereta. Sekali lagi aku tewas...
Moral of the story...janganlah berkira dengan orang yang macam ni. Mereka berniaga bukan untuk bermewah. Janganlah nak mintak diskaun bagai. Kalau boleh kite bayar lebih niat sedekah. Kalau tak berminat nak ambil barang kite hulurlah yang termampu dengan niat membantu. Apatah lagi melihat faktor usia yang sebaya dengan orang tua kite.
Percayalah janji Allah. Sedekah tak akan menjadikan seseorang itu fakir malahan hidupnye lebih berkat dan rezekinye bertambah...
Sekian...
Kredit: Jai Huzaifah
|