CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5332|Reply: 30

Pemergian Tan Sri Hassan Azhari

[Copy link]
Post time 6-10-2018 06:40 PM | Show all posts |Read mode
Pengajar rancangan Muqaddam, Hassan Azhari meninggal dunia

KUALA LUMPUR 6 Okt. - Pengajar rancangan Muqaddam yang popular sekitar awal 1970-an, Tan Sri Hassan Azhari meninggal dunia pada pukul 5.07 petang hari ini di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana menghidap kanser limfoma tahap empat.

Menurut menantunya, Md.oh Hazli Hassan, Allahyarham dimasukkan ke HKL Ahad lalu selepas disahkan menghidap penyakit itu.




“Jenazah akan dibawa ke rumahnya di No. 2 Persiaran Keramat Hujung sebelum dikebumikan,” katanya kepada Utusan Online di sini hari ini.
Allahyarham Hassan, 90, menjadi pengajar rancangan Muqaddam selama lapan tahun di saluran TV1 Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1970-an.
Tokoh Maal Hijrah 2002 itu juga pernah melaungkan azan semasa menyambut kemerdekaan negara di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957.
Allahyarham juga merupakan hakim pertandingan Tilawah al-Quran paling lama berkhidmat dalam negara selama 46 tahun.
Allahyarham juga merupakan bapa kepada bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan pelakon terkenal tanah air, Jalaluddin Hassan.- UTUSAN ONLINE





pautan asal :


© Utusan Melayu (M) Bhd
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pengajar-rancangan-muqaddam-hassan-azhari-meninggal-dunia-1.762079#ixzz5T97oegCr
© Utusan Melayu (M) Bhd


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-10-2018 06:41 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2018 06:41 PM | Show all posts
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2018 06:43 PM | Show all posts
semoga jariah dan kudrat ilmu  al quran  yg diajari menjadi hujjah di sana.
Terima kasih dan alhamdulillah hidupmu bermanfaat,

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2018 07:02 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 6-10-2018 07:04 PM





Dalam perjalanan menuju ke tempat ceramah di Tanjung Malim malam ini, kami dikejutkan dengan berita kematian Al-Muqri' dan pencinta Kitabullah Sahibul Fadhilah Tan Sri Hasan Azahari yang telah kembali ke Rahmatillah.

Sesungguhnya beliau mewaqafkan seluruh hidupnya untuk al-Quran. Mendidik anak bangsa mengenali tajwid al-Quran dan keindahannya sejak zaman hitam putih televisyen hinggalah ke nafasyang terakhir hari ini. Sejujurnya saya amat kagum dengan penguasaan ilmu berkaitan al-Quran khususnya tajwid dan taranum yang pada hemat saya tidak mungkin ada lagi Hasan Azahari kedua semisalnya.

Saya mengambil kesempatan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga besarnya atas pemergian tokoh al-Quran ini. Semoga Allah menempatkannya bersama para nabi, siddiqin, syuhada' dan solihin.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّهِ مِنْ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنْ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ










https://www.facebook.com/drzulmuftiwp/?__xts__
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2018 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga rohnya dicucuri rahmat..   
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-10-2018 07:56 PM | Show all posts
baru tau ada kanser ahad lepas ke acaner?
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2018 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2018 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
   
Al Fatihah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2018 11:12 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 6-10-2018 11:14 PM

Sujud, permintaan terakhir Hassan Azhari

KUALA LUMPUR: "Abuya nak sujud," itu merupakan permintaan terakhir Allahyarham Tan Sri Hassan Azhari sebelum keadaan kesihatannya merosot pada Sabtu lepas.

Anak Allahyarham, Datuk Mohd Zain Hassan berkata selepas Allahyarham meminta untuk sujud beliau sudah tidak boleh bercakap dan dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur keesokan harinya untuk mendapatkan rawatan.

"Saya dan abang Abdul Rahman bantu arwah untuk sujud dalam 15 minit... arwah kata dia minta ampun kepada Allah dan bersyukur umur dia panjang, ada keluarga dan anak yang baik.
eluarga dan anak yang baik.



Itulah permintaan terakhir arwah kepada kami sebelum tidak boleh bercakap pada hari Ahad," katanya kepada pemberita di kediaman bapanya di Keramat, di sini hari ini.

Hassan, 90, tokoh agama terkenal negara meninggal dunia akibat kanser limfoma kira-kira 5 petang tadi di Hospital Kuala Lumpur.

Mohd Zain berkata mereka sekeluarga mula mengetahui mengenai penyakit kanser bapanya pada Ogos lepas.

"Arwah ada demam sebelum kelenjarnya bengkak... selepas membuat pemeriksaan, doktor mengesahkan arwah mengidap kanser. Sebelum ini arwah tidak menunjukkan simptom menghidapi kanser," katanya yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Sdn Bhd.

Allahyarham, yang juga bapa kepada bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan pelakon Datuk Jalaluddin Hassan mempunyai 22 anak termasuk bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Fuad Hassan yang telah meninggal dunia pada Disember 2014.

Jenazah akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam kira-kira pukul 9 pagi esok sebelum dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam, katanya.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2018 12:41 AM | Show all posts
al fatihah and takziah kepada seluruh keluarga allahyarham... may your soul rest in peace..!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2018 07:53 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 7-10-2018 07:54 AM
helicornia replied at 6-10-2018 07:56 PM
baru tau ada kanser ahad lepas ke acaner?

katanya allahyarham disahkan kanser limfoma pada August lepas, dan ahad lepas kesihatannya merosot. rasanya begitulah kot seperti yg dilaporkan dalam akhbar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2018 09:57 AM | Show all posts
dipetik  dari :; https://www.facebook.com/Yayasan ... 21232017153/?__xts_

BELASUNGKAWA - ALLAHYARHAM TAN SRI HJ HASSAN AZHARI MENUTUP USIA PADA UMUR 90 TAHUN

CATATAN Tuan Asmawi Tuan Umar

Tokoh agama dan Al-quran nasional dan mancanegara, Allahyarham Tan Sri Datuk Hj Hassan Azhari, 90, telah menutup usia dan berpulang ke rahmatullah akibat kanser limfoma pada jam 5.07 petang tadi di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Allahyarham dimasukkan ke HKL Ahad lalu selepas disahkan menghidap kanser limfoma tahap empat.
Jenazah Allahyarham kini masih berada di Persiaran Keramat ,Kuala Lumpur.
Jenazah akan diurus & disolatkan di Masjid Negeri Selangor pada jam 9.00 pagi esok (7 Oktober 2018) dan akan dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam atas titah DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah,Sultan Selangor.
Semasa menemui Allahyarham pada dua minggu lalu , saya berkesempatan untuk membaca doa dan mengaji untuk Allahyarham atas permintaannya. Saya sempat lagi bergurau dengan beliau bahawa selepas baca doa dan mengaji nanti,baba Tan Sri boleh makan dan solat serta pada masa yang sama 3 biji kelenjar pada leher kiri agak menyurut. Alhamdulillah Allahyarham selepas itu dapat makan bubur dan mendirikan solat di atas katil beliau. Beliau pada masa itu tidak putus meminta saya doakan agar beliau dijemput oleh Allah SWT dalam husnul khatimah (kesudahan yang baik).

Sungguh pun pada masa itu beliau sedang berperang dengan kesakitan namun sempat lagi Allahyarham memberi komentar kepada bacaan doa dan alquran saya kata beliau " Alhamdulillah ,bacaan fasih dengan lisan arab,bacaan kena selalu jaga tajwid ", Syukur kepada Allah SWT,moga berkat ilmu alqurannya mengalir buat saya juga.

Selang seminggu kemudian iaitu Ahad lepas , saya dimaklumkan Allahyarham dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur. Justeru,pada jam 11 malam Ahad saya ke Zon Merah Hospital Kuala Lumpur untuk menziarahi beliau dan buat kali terakhir sekali lagi sempat membacakan Surah Yaasin serta berdoa buat beliau yang pada masa itu sudah tidak mampu bercakap dengan jelas lagi.

Alhamdulillah , kata-kata akhir saya untuk Allahyarham ialah " baba,anta fi hizfi wa amaanillah " sambil mengucup dahi beliau buat kali terakhir.
Beliau pendidik terkenal dalam rancangan Muqaddam pada awal 1970-an di saluran RTM selain menjadi individu yang melaungkan azan ketika kemerdekaan negara Malaysia pada 31 Ogos 1957.
Allahyarham Tan Sri turut melaungkan azan pada perasmian Masjid Negara pada tahun 1967, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang dan Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Bandar Seri Begawan, Brunei.
Allahyarham Tan Sri Hassan juga adalah Hakim Pertandingan Tilawah al-Quran yang paling lama berkhidmat dalam negara iaitu hampir 46 tahun.
Tiga anak lelakinya dikenali ramai iaitu Tan Sri Musa Hassan, Bekas Ketua Polis Negara, Allahyarham Dato Fuad Hassan, Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang dan pelakon terkenal, Dato Jalaluddin Hassan.
Sumber asal : Ustaz Tuan Asmawi Tuan Umar

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2018 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah. Iolls generasi keetu ni masih igt pukul 6 ptg ayah iolls mesti bukak channel rtm1 suruh tgk
Muqaddam. Atok yg kelakar masa mengajar mengaji. Semoga rohnya dicucuri rahmat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2018 10:59 AM | Show all posts
serawadurian replied at 7-10-2018 10:23 AM
Innalillah. Iolls generasi keetu ni masih igt pukul 6 ptg ayah iolls mesti bukak channel rtm1 suruh  ...

yes dulu ada dua orang anak murid  kan?
he used to have the blackboard and chalk.

i remember his jawi and his arabic writing on the blackboard  are so good , cantik ' chalkmanship' tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2018 11:02 AM | Show all posts
yg terdetik dalam hati saya  ialah at teh age of 90 , wow at  hari hari sakaratul maut itu , dimohon untuk sujud dan beramal lagi tu, salute...

i mean - wow  , kan

manusia yg bermanfaat ni  i salute lah , the passion tu , satu  keinsafan lah bagi saya.

oleh itu  jom kita semua buat bebenda baik baik, kurangkan  apa yg kita mesti kurangkan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2018 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 7-10-2018 11:02 AM
yg terdetik dalam hati saya  ialah at teh age of 90 , wow at  hari hari sakaratul maut itu , dimohon ...

Itulah org kata mati dlm khusnul khatimah..
I nangis baca berita kematian arwah walaupun i generasi muda yg tak pernah tgk rancangan arwah..
Semoga kita semua mati dlm husnul khatimah..aamiin..
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2018 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah. Banyak jasanya mengajar ilmu al Quran. Semoga dikurniakan tempat yang baik di sisi Allah
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2018 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 7-10-2018 11:02 AM
yg terdetik dalam hati saya  ialah at teh age of 90 , wow at  hari hari sakaratul maut itu , dimohon ...

Passion and dedication. Bukan senang nak ada dua ni especially when it comes to ilmu. Yup terasa kerdil ni bila kenang apa je kebaikan kita dah buat nak tinggalkan dunia. Thank you for the reminder
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2018 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 6-10-2018 06:41 PM
http://syahirul.com/panduan-solat-jenazah/

aamin ya rabbal alamin
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-1-2025 01:24 PM GMT+8 , Processed in 0.056850 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list