View: 2835|Reply: 7
|
Mayat 'bangun semula' ketika dimandikan
[Copy link]
|
|
boleh lakkk tak check dulu before nak bagi mandi mayat
SEORANG lelaki berusia 95 tahun mengejutkan seluruh keluarganya selepas dia 'bangun semula' pada hari pengebumiannya.
Budh Ram disahkan meninggal dunia oleh doktor pada Sabtu selepas pengsan di rumahnya di Rajasthan, India.
Seorang sami telah dipanggil untuk upacara itu dan seluruh ahli keluarga lelaki terbabit turut membotakkan kepala mereka sebagai sebahagian daripada upacara pengebumiannya.
Menurut anak sulungnya, Balu Ram, 65, mereka sedang melakukan persiapan untuk memandikan mayat, namun terkejut apabila bapanya itu mula menggigil secara tiba-tiba.
"Tubuhnya menggigil apabila kami menyiram air pada dadanya. Jadi, kami bawa dia ke katil dan dia mula bernafas," katanya.
Ram dilaporkan bangun dan memberitahu keluarganya dia 'tidur sekejap' kerana berasa sakit dada.
Anak lelakinya yang berusia 65 tahun itu menyifatkan ia sebagai satu perkara ajaib.- The Sun
|
|
|
|
|
|
|
|
jgn disembah jadi tuhan sudahnya. |
|
|
|
|
|
|
|
waa... nasib tak terkujat semua yang ada tengok mayat bangun semula |
|
|
|
|
|
|
|
huhuhu nasib tak kena bakar lagik.... |
|
|
|
|
|
|
|
hindu pn mandi mayat jugak ek?tanya je |
|
|
|
|
|
|
|
mcm mner doc boleh sahkan mati?
mmg dia ada skill tahan nafas ker mcm mner.... |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat satu kes di spore dulu, apek tu dah di masukkn dlm tempat pembakaran mayat, anak dia cuma nak tekan suis je....tapi anak dia tergerak nak jengah ayah dia utk kali terakhir, tetiba dia nampak ayah dia tengah melambai lambai tgn mintak tlg.....
Nasib baik, kalau tak, ayah dia dijadikan abu hidup hidup.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|