CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4390|Reply: 22

Bila cinta didusta..

[Copy link]
Post time 8-7-2019 01:00 PM | Show all posts |Read mode
    hye uollss...tengok pada tajuk thread "Bila Cinta Didusta"...hurmm..korang ada pengalaman tak dalam hal ni? sedihkan bila orang yang kita cintai..yang kita dah mengikat tali perkahwinan..yang kita bayangkan nak ada anak-anak or family..yang kita dah berjanji nak sehidup semati..bercinta sehingga ke jannah..

   Ni aku nak berkongsi cerita tentang arwah kak long aku. dia anak sulong dari 6 adik beradik. kami asal dari salah satu negeri pantai timur. arwah kak long aku ni orangnya cantik, bertubuh langsing, kulit putih dan rambut hitam lebat. ketinggian sederhana. orangnya lemah lembut, pandai masak,pandai jaga adik-adik. dengar cakap mak abah. pendek kata, memang perfectlah bagi seorang kakak yang sulong.

   Cerita dia panjang. Masa aku berumur 8 tahun(1986), arwah kak long aku berkahwin dengan jejaka pilihan hati dia. Family tak bantah. semua sempurna. semua urusan berjalan dengan lancar. eh..lupa lak..arwah kak long aku kerja kt KL..masa tu tahun 1986 dia kerja sebagai kerani bank di Bank Bumiputra. dan dia kenal bekas suami dia di KL. Orang sama negeri dengan kami juga. Bekas abang ipar aku kerja JKR. pegawai stor kalau tak silap aku.

   Semua ni bermula bila bekas abang ipar aku nak anak. sedangkan dia tahu yang arwah kak long tak boleh beranak. arwah ada masalah komplikasi jika dia mengandung, ini akan membahayakan nyawa dia(boleh meninggal). hari-hari bekas abang ipar aku ni dok desak nak anak. sampaikan arwah jadi kesian. jadi arwah buat keputusan. kerana sayangkan suami, arwah ikut kemahuan suaminya. dan arwah mengandung. masa tu family belah kitorg memang rasa terkejut dan gembira campoq sedih. abah aku as usual cakap ajal dan maut di tangan tuhan. so, kami positifkan mindset.

   Di awal mengandung arwah happy sangat. ye lah dapat gembirakan hati suami tercinta. things start to get worst. bila usia kandungan mencecah masuk 5 bulan. di mana, arwah telah disahkan menghidap sakit buah pinggang. kami semua redha dengan berita itu. dan bila kandungan masuk 7 bulan, doktor mengarahkan agar arwah melahirkan anak secara operation. jika dibiarkan akan meragut nyawa kedua-duanya. sekali lagi ujian datang menimpa arwah, tapi arwah tetap tersenyum dan gembira.

   Pembedahan berjaya even usia kandungan baru 7 bulan. bekas abang ipar happy sangat. arwah pun happy sebab dapat first born boy. nama dia Ahmad Asyraf. lepas lahir baby dimasukkan ke dalam inkubator. tapi Alllah maha penyayang, Dia pinjamkan kami asyraf selama 7 hari. selama 7 hari arwah selalu ulang alik gi tengok baby. sukanya dia hanya Allah yang tahu. husband arwah pun sedih jugak. tapi lelaki kannn...

  Selepas kehilangan anak, kesihatan arwah semakin merosot. sakit buah pinggan dia sudah masuk ke tahap 4. di mana arwah terpaksa pergi dialisis selang 3 hari. masa tu kami 1 family masih lgi menetap di kelantan. sebab abah aku kerja sana. jadi kami selalu berulang alik kelantan-kl semata-mata nak jaga arwah.

  Nanti aku sambung. member ajak gi makan lunch jap..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2019 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
  tunggu sambungan
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2019 01:19 PM | Show all posts
Arwah kakak ni sakit apa ni ya, TT? First time dengar bila mengandung boleh dapat penyakit yang membahayakan nyawa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2019 01:27 PM | Show all posts
insulin replied at 8-7-2019 01:19 PM
Arwah kakak ni sakit apa ni ya, TT? First time dengar bila mengandung boleh dapat penyakit yang memb ...

arwah dari muda ada masalah kesihatan. saya pun dah ingat-ingat lupa..nak tanya mak..mak dah meninggal..tapi seingat saya lah, arwah pada masa buat medical check up n result ada menyatakan arwah ada masalah buah pinggang. tapi masih lagi terkawal..maafkan saya ye sebab kejadian ni berlaku masa saya darjah 2 tahun 1986..
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2019 01:29 PM | Show all posts
shaz78 replied at 8-7-2019 01:27 PM
arwah dari muda ada masalah kesihatan. saya pun dah ingat-ingat lupa..nak tanya mak..mak dah menin ...

Oh. Masalah buah pinggang rupanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2019 02:23 PM | Show all posts
   Ok..aku sambung balik..ish..tiba-tiba ada bau doyan dalam ofis ni..mengundang betul..

   Selama beberapa tahun kami sekeluarga berulang alik dari kelantan ke kl semata-mata untuk jaga arwah yang on off masuk hospital. kesihatan arwah semakin menurun. dari seorang yang berisi...tinggal kulit dan tulang. allahu. pada awal tahun 1990, abah ditukarkan ke bukit mertajam, pulau pinang. dan pada tahun tersebut jugalah bekas abang ipar aku kahwin lain! atas alasan nak anak. parents bekas abang ipar aku jenis yang ikut anak. sebelum tu, bekas abang ipar aku ada minta kebenaran dengan arwah. arwah dalam sedih berikan juga kebenaran untuk suami dia kahwin lain. masa tu parents aku tak tahu lagi. dan yang beritahu adalah bekas abang ipar aku. seluruh family terkejut. yang paling marah sekali adalah arwah mak aku.

      Arwah mak marah kat bekas abang ipar. tanya apa alasan nak kahwin lagi satu? alasan dia nak anak. n arwah mak aku balas "boleh sabar tak? k.long tengah berjuang utk sakit dia..tolonglah bagi semangat..jangan dibuang semangatnya". FYI, masa tu abah aku dah bagi persetujuan untuk bagi salah satu buah pinggang dia untuk arwah. just tunggu tarikh yang sesuai untuk operation. n bila arwah dapat tahu yang suami dia nak kahwin lain, arwah macam dah lost hope. tak nak teruskan perubatan. semua ubat yang diberi, arwah buang. masa tu hati arwah memang dah hancur. satu-satunya lelaki yang dia cintai, telah mengkhianati cinta yang telah dibina.

     Selepas beberapa minggu bekas abang ipar dah kahwin lain, boleh dia gi menyewa dekat-dekat area rumah sewa k.long aku. so bila kami nak keluar ke apa ke..memang kena lalu depan rumah diorang. memang menyakitkan hati. arwah masih lagi boleh bergurau dengan kami adik beradik. dia nampak happy tp dalam hati..tuhan je yg tahu.

      pada 6 sept 1990, arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir, seminggu sebelum tarikh pembedahan buah pinggang. yang paling sedih sekali adalah arwah mak. sebab arwah mak yang jaga 24 jam di hospital. setelah selesai urusan pengkebumian arwah,bekas abang ipar datang jumpa arwah mak. minta dihibahkan harta arwah secepat mungkin. bayangkan malam pertama arwah meninggal dan selepas tahlil pertama diadakan, bekas abang ipar datang tuntut harta sepencarian. arwah mak aku cakap "ikut faraid". sebab bekas abang ipar cakap semua duit simpanan arwah,barang-barang arwah semua milik dia. FYI, bekas abang ipar aku ni kedekut. nak makan pun suruh abah aku belanja. tapi barang-barang dia semua takleh sentuh. barang-barang orang lain dia boleh sentuh. fahamkan?

     pada satu hari tu, kakak no.3 aku terbaca diari arwah. dalam diari tu ada satu lirik lagu omputeh "It's must have been love" by roxxette. arwah tulis sebab lagu tu ada kaitan dengan love life dia. cinta arwah kepada suaminya membawa sampai ke mati. bekas suaminya telah berkahwin untuk kali ketiga. alasan 2nd wife sakit(aku tak ingat sakit apa). dengan 2nd wife dia dapat anak perempuan kalau aku tak silap. dengan yang 3rd ni aku tak tau sebab tak amik tau.

   so. kepada lelaki luar sana, tolong hargai isteri anda yang sanggup berkorban apa saja demi untuk membahagiakan korang. dengan ini aku tutup thread ni. maaf if tulisan aku tak menarik. aku tak pandai nak mengarang sebenarnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-7-2019 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya.  Ni la aku takut sgt, mintak jauh dengan orang2 sebegini.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2019 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
May the ex husband burn in hell.
Hidup wanita sll musnah sbb lelaki.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2019 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalam hidup ni hargailah diri sendiri dan banyak kan bergantung harap pada Allah si pemilik hati
Laki tu pinjaman je..... Yg dia buat tu tak salah pun....  
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2019 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
apsal panggil bekas abg ipar plak.. diorg tak cerai kan.. confuse aku
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2019 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya

Moga kakak u dapat ganjaran yg sepatutnya diSana
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2019 08:43 AM | Show all posts
sedihnya citer ni
sgt selfish jntn itew
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2019 04:01 PM | Show all posts
OMG bekas abg ipar ni memang tak ada hati perut ke? mohon bila dia sakit esok2 tak ada siapa yang nak jaga!
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2019 09:03 AM | Show all posts
berat mata membaca berat lagi bahu yang memikul ..
moga dia mendapat ganjaran tertinggi di dunia sana...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2019 10:54 AM | Show all posts
sebab tu lah orang kata sayangi diri sendiri lebih lagi dari menyayangi orang lain. sedih cerita tt.  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2019 02:18 PM | Show all posts
noraidil_06 replied at 8-7-2019 06:11 PM
May the ex husband burn in hell.
Hidup wanita sll musnah sbb lelaki.

huhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2019 09:48 PM | Show all posts
u know, sedih bace , the risk  of bakal mother g ada  darah tinggi or any penyakit kronik atau sakit buah pinggang ni , apabial hamil inilah because buah pinggang ada extra load kene proses...sebab tu  sapa yg ada kronik  condition atau syak ada diri aad ke buah pinggang sila be honest and bila hamil  or sebelum pun sila pi ke pakar bebetul pakar perbidanan , sebelum hamil boleh je pi buat appointment - informative counseling untuk khdimat nasihat sebelum hamil...at least ini ikhtiar kan...

if jadi apa apa ketika hamil or to the baby at least dah qalas redha...

so yes.  saya simpati pada  arwah kak Long  TT.


Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2019 06:01 PM | Show all posts
xheran la lps ni kawin lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2019 07:11 PM | Show all posts
iyo lahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2019 10:56 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 11-7-2019 11:18 PM

pada pendapat  I kan, arwah kakak ipar you adalah jasad / insan / manusia yg mana dia berhak mendapat warga Adam atau lelaki penghuni syurga yg sewajarnya sempurna selaras dengan ketulusan hati budinya .

i percaya itu, yg ikhlas akan senantiasa nampak tertindas tapi  i believe ganjaran yg  MAHA ESA  MAHA PENYAYANG  MAHA MENGETAHUI akan menunggu arwah di alam kekal dan yg sebaik baik ganjaran, ingat alam kekal dan sebai baik ganjaran .


biarlah kisah ini  berlalu  dan  biarlah kekihlasan dan kasabarannya menemani di barzah ini dan biarlah di sana nanti ' the real home ' wanita yg ikhlas, tulus dan bersih nurani ni  mendapat ganjaran yg lebih bAIK , 100X lebih baik dari  dunia ni.

selalunya , begitu kan? pada I , wanita ini , Allah dah thu bahawa taida warga Adam pun dalam alam dunia ni yg layak menerima rezeki cinta si wanita ini tinggi. Ujian arwah pun tinggi. so pada i , dear lady , it is okay, di sana lebih berbaloi.

Allah Maha Mengetahui yg dunai ini bukan layak bagi mu untuk menerima lelaki  yg ...sebegini , ujian ...Sabar itu ke Syurga dab mahal sekali.


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 10:30 PM GMT+8 , Processed in 0.073996 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list