View: 9470|Reply: 78
|
IBU, AYAH DAN ABANG MENINGGAL, KINI PELAJAR CEMERLANG 9A (SPM) SEBATANG KARA
[Copy link]
|
|
IBU, AYAH DAN ABANG MENINGGAL, KINI PELAJAR CEMERLANG 9A (SPM) SEBATANG KARA DIJAGA UMNO KUANTAN HINGGA BERJAYA...
Oleh Mahathir Ali
KUANTAN, 9 MAC 2020, Setiap insan ujiannya tidak sama. Sama ada berat atau ringan tetap harus ditempuhi. Ketika bakal menduduki peperiksaan SPM tahun lalu, beliau belajar sendirian dan tinggal keseorangan di Rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin ( PPRT) Kampung Pak Mahat disini.
Malang tidak berbau, semasa ingin mengambil peperiksaan kertas Matematik, beliau terpaksa mengambil peperiksaan itu di hospital lantaran tercedera akibat kemalangan jalanraya. Ibu kandungnya juga telah lama meninggal dunia.
Tidak lama selepas itu abang sulung yang menjaganya pula menyusul mengikut ibunya ke alam yang kekal akibat penyakit. Selesai sahaja SPM, ayahnya pula tempat dia mengadu terlantar menderita sakit dan telah meninggal dunia pada bulan Januari 2020 baru ini. Tinggallah beliau sebatang kara meneruskan hidup. Sungguh besar ujian yang dihadapinya.
Namun, Ketika keputusan SPM 2019 diumumkan baru-baru ini, ia merupakan hari paling bersejarah dalam hidupnya. Beliau telah merangkul anugerah 'Pelajar cemerlang di SMK Tanjung Lumpur, Kuantan. Beliau telah mencapai straight A untuk semua subjek (Aliran sains tulen). Kejayaan cemerlang beliau diraikan keseorangan dengan tangisan dalam gembira. Beliau bercita-cita untuk menyambung pelajaran di UIAM di dalam bidang perubatan.
Itulah serba sedikit pengalaman hidup yang ditempuhi oleh adik Maizatul Akmal Binti Mahat. Ujiannya cukup berat namun beliau menghadapinya dengan tenang dan sabar. Allah tahu akan rintihan hatinya. Allah dengar semuanya. Allah lihat semuanya. Perancangan Allah sebaik-baik rancangan. Setiap dugaan yang Allah timpakan pasti ada sebab kepada hambanya yang terpilih.
Kini beliau boleh menarik nafas lega. Kisah hidupnya mendapat perhatian serius dari UMNO bahagian Kuantan sejurus selepas mengetahui berita mengenainya.
Ketua UMNO Bahagian Kuantan, Dato' Sri Ab Hamid Mohd Nazahar terus bertemunya semalam dan mengumumkan akan memberi perhatian berterusan terhadapnya sehingga beliau berjaya kelak dan mampu berdikari sendiri.
UMNO Kuantan akan terus memantau kehidupannya dan akan mengusahakan segala bentuk bantuan serta sumbangan untuk beliau meneruskan hidup dan menyambung pelajarannya hingga berjaya.
InsyaAllah semoga dengan bantuan dan jagaan dari UMNO Kuantan dan perhatian dari Kerajaan Negeri Pahang, hidupnya akan lebih bermakna dan dipermudahkan. Sama-samalah kita mendoakan buatnya. Semoga adik Maizatul Akmal Binti Mahat sentiasa dalam lindungan Allah SWT.
Kepada sesiapa yang ingin membantu atau menyumbang kepada adik Maizatul Akma disini butirannya :-
MAIZATUL AKMAL BINTI MAHAT
BSN : 0611-5290-0039-0384
011-62009537
Maju Terus UMNO Kuantan!
Disediakan oleh
Unit Komunikasi Dan Media Pahang (UKOMP)
#KerajaanNegeriPahang
#MajuTerusPahang
#Pahang1st
#PahanhGo |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 10-3-2020 03:52 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by miss_strangers at 10-3-2020 03:53 PM
Menyantuni pelajar cemerlang SPM 2019 SMK Tanjung Lumpur, Maizatul Akmal Mahat yang mencatat keputusan 9A di sekolahnya pagi tadi.
Kedatangan skuad YP yang disertai Pegawai Khas YAB Menteri Besar Pahang, Ustaz Hamizi Yaakob memberi sumbangan selain menyerahkan borang biasiswa Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang kepada pelajar berkenaan.
Tahniah Maizatul di atas kejayaan cemerlang...ternyata keperitan hidup tidak mematahkan semangatnya untuk berjaya!
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 10-3-2020 03:54 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|
Tabahnya. Semoga berjaya mencapai cita2. |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah hebatnya anak ni. Semoga terus berjaya and menemui bahagia adik! |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 10-3-2020 04:07 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|
kesiannyaaa. semoga adik ni baik2 je. takde ke sedara mara yg nk jaga dia ni sementara nk melangkah alam dewasa ni |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 10-3-2020 04:09 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
mizruncing replied at 10-3-2020 04:08 PM
kesiannyaaa. semoga adik ni baik2 je. takde ke sedara mara yg nk jaga dia ni sementara nk melangkah ...
Ada saya baca status dari FB, katanya dia Ada mak Tiri, tapi mak Tiri xpedulikan dia..sisihkan dia...sejauh mana kebenaran Tu xpasti la... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 10-3-2020 04:11 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Sekarang adik ni tinggal dengan bapa saudara dia yg OKU. Ni saya baca dari status kawan FB juga. |
|
|
|
|
|
|
|
hurmm klu betul kesiannya dia. risau klu takde yg bimbing nanti dia down n blh buat benda yg bukan2 plak
|
|
|
|
|
|
|
|
meremang baca kisah adik ni, hebatnya dia. Cerah masa depan awak dik, muda lagi dah diuji, beruntungnya hidup awak |
|
|
|
|
|
|
|
Sape potong bawang ni...
Moga adik berjaya jadi orang yg cemerlang besar nanti. Adik orang hebat. Harap umno betul2 ikhlas bantu adik ni sampai habis study semua tu. Org cmni mmg layak dibantu |
|
|
|
|
|
|
|
Harap itu semua tak melemahkan semangatnya untuk terus mencapai kejayaan |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga adik terus berjaya & berbakti kpd yg lain..kuat smgt ko dik |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dipermudahkan segala urusan |
|
|
|
|
|
|
|
byknya dugaan adik ni. tahniah semoga jd org bjya kelak. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga adik majujaya dan tabah ujian awal |
|
|
|
|
|
|
|
Sedihnya..kuatkan semangat adik bina masa depan yang cemerlang.
|
|
|
|
|
|
|
|
semoga kuat dik,,akak doakan adik ni diberi kejayaan dalam hidup |
|
|
|
|
|
|
| |
|