Bermacam cerita yang kita boleh dengar sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Antara yang menjadi isu ialah apabila pemilik mesin penapis air sewa beli terpaksa membayar sewa bulanan tetapi tidak mendapat servis yang sepatutnya.
Itu yang disuarakan pengguna Facebook, Layla Mae yang menegaskan masalah yang dihadapi oleh pengguna ialah mesin penapis air atau udara menghadapi masalah apabila tidak diservis pada masanya.
Dalam masa sama, tiada juruteknik yang boleh membantu mengatasi masalah itu menyebabkan pengguna berasa dipermainkan. Sementelah lagi bil bulanan terpaksa dibayar hanya kerana pihak pengurusan tidak mahu bertolak ansur.
Kredit foto:
Bagi pengguna ianya tidak seperti yang dijanjikan. Ketika mahu membeli produk tersebut, segala kata manis ditaburkan hingga ada yang sampai memaksa-maksa membeli produk.
"macam mana kak? dah boleh proceed?"
"akak bagi ic je saya terus boleh proceed"
"beli bulan ni free registration rm200"
"pakai 2 bulan free"
Ayat-ayat itu yang sentiasa bermain di bibir jurujual mesin penapis ini. Namun, apabila perkara seperti Covid-19 terjadi, pihak pengurusan hanya berpeluk tubuh. Lebih teruk, ada staff yang berasa teraniayai.
Maka timbullah pelbagai isu lain yang selama ini dipendamkan.
Baik pengguna atau pun syarikat itu sendiri, satu solusi harus dicari agar memberikan kebaikan kepada kedua-dua pihak. Jika kerajaan boleh meminta bank memberikan montarium, mengapa tidak syarikat penapis air turut bertimbang rasa kan? - CARI
|