CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2300|Reply: 12

Bilik di rumah saya lagi besar daripada teratak mereka

[Copy link]
Post time 30-4-2020 11:05 PM | Show all posts |Read mode
Tak pernah menangis bantu orang susah, air mata guru akhirnya menitis berdepan keluarga ini


Kisah yang dikongsi oleh Cikgu Zura mengenai kehidupan seorang ibu tunggal bersama empat anak kecilnya menyentuh hati netizen.


“SEBAK rasa hingga mengalir air mata apabila melihat keadaan rumahnya yang sangat sempit.... di situlah tempat tidur, tempat makan, ruang tamu dan dapur.”

Demikian cerita seorang wanita yang berkongsi kisah sedih kehidupan seorang ibu tunggal yang hanya berteduh di sebuah teratak sempit bersama empat anak yang masih kecil.

Berkongsi cerita , Azurai Abdul Fattah berkata, perasaannya begitu hiba dan tersentuh saat pertama kali berkunjung ke teratak keluarga berkenaan ketika mahu menyampaikan sumbangan pada minggu lalu.

“Ketika saya tiba dengan suami untuk memberikan sumbangan makanan berupa keperluan asas, hanya anak-anak ini sahaja yang ada di rumah. Ibunya pula keluar bekerja di tempat pemprosesan getah. Seawal jam 7.30 pagi keluar bekerja dan hanya pulang pada pukul 4 petang.

“Ketika pertama kali tiba, sebak dan hiba sangat tengok keadaan rumahnya. Boleh dikatakan bilik di rumah saya lagi besar daripada teratak mereka. Rumah itu hanya terdiri dari satu ruang. Di situlah mereka duduk makan dan tidur.



Posting yang dikongsi oleh Cikgu Zura mengenai kisah ibu tunggal ini menyentuh hati netizen.

“Tikar getah dan tilam sudah lusuh. Perabot langsung tak ada. Pakaian dan makanan hanya diatur di tepi dinding sahaja. Lebih sedih apabila mengenangkan si ibu yang terpaksa meninggalkan anak-anaknya yang masih kecil demi mencari sesuap nasi,” katanya.

Wanita ini yang senang disapa dengan panggilan Cikgu Zura berkata, anak-anak kecil tersebut berusia antara 3 tahun hingga 11 tahun, manakala ibu mereka berusia dalam lingkungan awal 30-an.

“Tapi anak-anak kecil ini sangat cerdik. Ketika saya dan suami datang dan bertanyakan serba sedikit keadaan mereka, si kakak yang darjah 5 dan adiknya yang darjah 3 petah bercakap.



Rumah ibu tunggal ini tidak mempunyai perabot untuk menyimpan pakaian.

“Mereka yang jagakan dua adik kecil lagi ketika si ibu keluar bekerja. Malah mereka akan memasak nasi dan ibu mereka akan memasak juadah berbuka apabila pulang bekerja. Puasa pun tak tinggal. Senang cerita, mereka sungguh berdikari,” ujarnya yang merupakan seorang guru di sebuah sekolah menengah di Jerantut, Pahang.

Tambah wanita berusia 43 tahun ini, dalam banyak-banyak keluarga yang pernah dibantunya sebelum ini, kisah kehidupan ibu tunggal ini adalah antara yang paling menyentuh hati sehingga dia tergerak untuk membuat perkongsian di laman sosial.

“Bayangkan ibu tunggal yang terpaksa menyara keluarga seorang diri tanpa suami. Si ibu ini hanya ada basikal untuknya berulang alik ke tempat kerja. Baru-baru ini, tayar basikalnya bocor. Dalam keadaan sekarang, kedai banyak tak buka, macam mana dia nak baiki... suami pula tak ada.

“Jadi saya dan suami sepakat untuk membantunya membetulkan basikalnya itu ketika kami datang selepas ini. Saya juga akan berikan peti ais lama untuk kegunaan mereka menyimpan makanan.

“Kalau nak berkongsi kisah keluarga susah yang lain, sebelum ini kebanyakan yang saya dan suami bantu adalah golongan yang memang betul-betul susah. Ada rumah yang tak ada bekalan elektrik, air... Semuanya di kampung di sekitar daerah ini,” ujarnya.



Cikgu Zura menyumbangkan peti ais dan perabot kepada ibu tunggal berkenaan.

Bercerita serba sedikit mengenai aktiviti kebajikan yang dilakukannya, Cikgu Zura mendedahkan semuanya bermula apabila dia sering membantu anak-anak murid di sekolahnya yang berasal dari keluarga yang kurang berkemampuan.

“Bermula daripada bantu anak-anak murid, akhirnya secara tak langsung apabila turun padang, dapat jumpa ramai keluarga yang susah. Saya hanya bergerak dengan suami sahaja tanpa bantuan mana-mana NGO, atas dasar untuk berkongsi rezeki setakat yang kami mampu.



Antara komen netizen yang memuji keprihatinan Cikgu Zura.

“Tak pernah pun saya buat perkongsian di laman sosial tentang perkara ini sebab bimbang disalah tafsir. Tapi kisah ibu tunggal ini buatkan saya tergerak nak berkongsi kerana bagi saya, mungkin ini salah satu cara untuk pihak lain turut sama membantu.

“Secara tak langsung, kita dapat ringankan beban keluarga ini. Tak sangka ramai yang beri maklum balas dari perkongsian tersebut dan mahu bersama-sama menghulur sumbangan. Alhamdulillah, bagi saya, kita takkan miskin pun dengan beri bantuan.

“Itu adalah salah satu ladang pahala kita. Saya sendiri turut menerapkan kepada anak-anak agar meneruskan apa yang saya dan suami lakukan, ” ujarnya mengakhiri bicara.







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2020 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya..ibu awal pagi dah keluar bekerja. Anak2 hidup sendiri2 je kat rumah. Berat tanggungan si ibu.

Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2020 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Realiti ibu tunggal
Semoga murah rezeki ibu ni sekeluarga
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2020 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2020 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Ayah dorang mana?....

Klu dah meninggal....Alfatihah utk arwah...
Klu hidup lg...semuga hidup kau takkn senang & bila tua kau akn merempat lebih teruk dari ibu ni sbb masa tu kau dah tak blh berdikari...
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2020 02:45 PM | Show all posts
Allahu.. nasib ibu tunggal.  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-5-2020 03:12 PM | Show all posts
Ibu yang gigih dan anak2 yg berdikari.. moga Allah permudahkn hidup mereka..
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2020 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya fikir anak2 umur macam ni terpaksa berdikari masa mak diorang kerja. Tengok rumah tu pun boleh tau anak2 ni bertanggungjawab. Pandai mak diorang didik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2020 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Post PKP akan banyak lagi kisah org susah mcm ni... Haizzz
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2020 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih cikgu
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2020 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga rezeki Cikgu ni melimpah ruah iols hny mampu berdoa je
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2020 02:11 AM | Show all posts
Semoga dipermudahkan segala urusan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2020 03:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga keluarga ni dimurahkan rezeki...ibu dan anak2 dikurniakan kesihatan yg baik..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 10:23 PM GMT+8 , Processed in 0.060147 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list