Hospital Tumpat kini hanya menerima kemasukan kes Covid-19 sahaja mulai semalam, sebagai kesiapsiagaan untuk menghadapi sekiranya berlaku peningkatan kes di Kelantan.Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin berkata, susulan itu hospital berkenaan tidak menerima kemasukan kes lain.Pendekatan itu sebahagian daripada kesiapsiagaan untuk menghadapi peningkatan kes Covid-19, sekiranya ia berlakuHospital berkenaan hanya menerima kes Covid-19 sahaja sehingga wabak berkenaan rendah atau trend menurun.