View: 6388|Reply: 47
|
Wanita ini kata Lelaki Johor Selalu Curang, Lelaki Sarawak Paling Setia,Lelaki s
[Copy link]
|
|
Baru-baru ini, seorang wanita tanpa nama membuat pendedahan di Facebook UM Confession berkongsikan dengan netizen mengenai sikap dan perangai lelaki dari negeri-negeri di Malaysia.
Wanita itu turut berkongsikan lelaki negeri manakah yang patut dijadikan sebagai pasangan berdasarkan daripada pengalamannya.
Menurut wanita itu, dia mempunyai pengalaman menjalin hubungan dengan lelaki daripada beberapa negeri dan mengatakan lelaki dari Sarawak antara yang terbaik dan lelaki dari Johor adalah paling teruk.
Lelaki Sarawak: Setia & matang
Menurutnya, lelaki Sarawak adalah pasangan yang terbaik kerena mereka setia, stabil, matang dan tidak menghabiskan duit teman wanita mereka.
“Jika mereka ada masa lapang, meraka akan ajar cara untuk membuat duit melalui atas talian,” katanya.
Lelaki Johor: Curang, penipu
Menurutnya lelaki dari Johor selalunya curang dan paling teruk. Bagaimanapun, wanita itu tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai dakwaannya itu. Mungkin bekas kekasihnya dari Johor benar-benar buat dia kecewa.
Lelaki Penang: Ego, tak mahu mengaku salah
Wanita itu berkata lelaki dari Penang kebanyakan mereka tidak mahu mengaku salah meskipun tahu mereka melakukan kesalahan.
Lelaki Selangor: Workaholics
Menurut wanita itu, lelaki dari Selangor kebanyakannya matang tetapi mereka gilakan kerja. Katanya, mereka akan lebih utamakan kerja daripada teman wanita.
Lelaki Melaka: Setia tapi membosankan
Kata wanita itu, lelaki dari Melaka setia tetapi membosankan.
“Lelaki dari Melaka, mereka setia, tetapi mereka degil dan membosankan, mereka tidak akan mencuba perkara baru. Makan nasi ayam setiap hari,” katanya.
Lelaki Seremban: Gatal & kaki kikis
“Lelaki dari Seremban gatal. Mereka hanya mahukan seks. Kedua, adalah wang,” tulisnya.
Lelaki Sabah: Lurus bendul
“Lelaki dari Sabah terlalu naif dan lurus bendul sehingga mudah ditipu, ”katanya.
Diakhir perkongsian itu, wanita itu mengatakan dia tidak dapat membuat ulasan mengenai lelaki dari negeri lain kerana tidak pernah bercinta dengan lelaki dari negeri itu.
Seperti sudah dijangka, perkongsian netizen itu menimbulkan rasa kurang senang dengan kenyataan wanita itu.
Kata netizen, meskipun dia pernah menjalin hubungan dengan lelaki daripada beberapa negeri tidak bermakna dia boleh sesuka hati mengatakan sikap semua lelaki dari negeri-negeri tersebut sama seperti bekas kekasihnya.
Bagaimanapun, di akhir perkongsian itu wanita itu mengatakan masih ramai lagi lelaki baik di luar sana dan tidak seperti bekas kekasihnya.
SUMBER: World of Buzz
https://worldofbuzz.com/guys-from-johor-always-cheat-netizen-rates-malaysian-men-based-on-the-states-theyre-from/?fbclid=IwAR3h4TF2IE4WkxlkZNSIopJrkHXCLgHz5dr9-h2aM6NqzOTOPW27g-w-1Co
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Dia pernah ada bf dari setiap continent ka setiap state?
Apa daa...
Baidewei, slama ni iols ingatkan ada uia konpesyens je.. la ni ada UM konpesyen juga ka? |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 12-2-2021 12:31 AM
Bullshit iya.
Ontahh.. sonang tak payah kawinn.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sarawak the best tu apply only to jejanz bumi educated dan berduit ya. I kenot say the same for other races, even for Chinkies fuchow kaya raya Sarawak. Ko dapat Iban2 kampung panas baran, tunggu la nasib ko camna. Sabahan simpleton tu ada betulnya. TAPI kena yang twisted psiko macam jantan2 yang akak kenal, minta mahap ya.
|
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 11-2-2021 04:36 PM
Sarawak the best tu apply only to jejanz bumi educated dan berduit ya. I kenot say the same for othe ...
citer sabahan ori ke atau termasuk pilak sekali ? |
|
|
|
|
|
|
|
ellejo replied at 12-2-2021 12:38 AM
citer sabahan ori ke atau termasuk pilak sekali ?
Masa aiol sekolah dulu, classmate aiol pilak tapi tall, dark and of course hensem. Oleh kerana dah mingle lama dengan lokal, perangai heol seropa lokal. Tapi yang baru mendarat di Sabah tu ai tatau la gimana perangai. |
|
|
|
|
|
|
|
my confession... lelaki yang curang adalah dari negeri berikut :
Penang
Johor bahru
Terengganu
Singapura
dan yang setia ni dari
Kota Bharu
Kuala Lumpur
siapa lelaki2 ni? nak tahu ke sisturrr?
Penang = Shuk
Johor bahru = Tauke
Terengganu = Zizan
Singapura = Aliff Aziz (yang ini iols boleh maafkan dan bagi peluang, insyaallah lelaki boleh berubah kecuali yang negeri2 sebelum Singapura)
yang setia
Kota Bharu = Izzue Islam
Kuala Lumpur = Fattah Amin dan Edika Yusof |
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 12-2-2021 12:48 AM
my confession... lelaki yang curang adalah dari negeri berikut :
Penang
Koh koh.. aku baca dgn penuh minat. Ujung ujunh ade shuk |
|
|
|
|
|
|
|
motip n9 terus specific seremban? dah tu laki area rembau jelebu port dickson senawang segala tak bersifat gatal dan kaki kikis gituh? cuma seremban jah yang hauk? |
|
|
|
|
|
|
|
ayat pertama ko pun dah bullsheet bullsheet bak kata akak viral video foodpanda. celah mana from different continents ko ni? different countries pon tak lepas ni pulak nak different continents apooo? |
|
|
|
|
|
|
|
Cari-Mod replied at 12-2-2021 01:02 AM
motip n9 terus specific seremban? dah tu laki area rembau jelebu port dickson senawang segala tak be ...
Lelaki cina kot maksud dia. Seremban lg ramai cina agaknya. |
|
|
|
|
|
|
|
negeri mana paling banyak laki anak mak ye?
|
|
|
|
|
|
|
|
Ape kaitan negeri dgn tahap kesetiaan seseorang eh? Ingtkan org tu buat research, amik data daripada beratus2 org pastu present findings, rupe2nya based on experience sendiri. Kalau dah terlampau ramai date tu tp semua serba tak kena, mayb you la yg bermasalah, gurl.. Orang kalau dah gatal, asal negeri kayangan pun boleh cheat. |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 12-2-2021 12:33 AM
Dia pernah ada bf dari setiap continent ka setiap state?
Apa daa...
FB yang salah translate kot.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nasib dia malang dalam percintaan mungkin disebabkan oleh hati dia hitam kah ... |
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 12-2-2021 01:24 AM
FB yang salah translate kot.
Tak tau la.. sbb tulisan asal dlm cainis |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Lengkong at 12-2-2021 09:39 AM
Cari-Mod replied at 12-2-2021 01:02 AM
motip n9 terus specific seremban? dah tu laki area rembau jelebu port dickson senawang segala tak be ...
Yang dari senawang rajin meniaga.. buka gerai belakang giant, belakang bank islam...semua sedap2..jom kita pegi beli petang ni...heheheh
|
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki dari perlis, kedah, perak dan kelantan camne pulak
|
|
|
|
|
|
|
| |
|