View: 1020|Reply: 0
|
Sampai Jadi Bola, Remaja Kumpul Habuk Getah Pemadam Selama 11 Tahun
[Copy link]
|
|
Sampai Jadi Bola, Remaja Kumpul Habuk Getah Pemadam Selama 11 Tahun
Setiap orang mesti ada hobi masing-masing untuk mengisi masa lapang kan. Tapi macam mana pula jika kami katakan ada yang suka mengumpul habuk getah pemadam sebagai hobi mereka? Pasti ianya sangat jarang didengar dan hobi ini juga sangat unik serta lain daripada biasa.
Tetapi itulah yang dilakukan oleh remaja lelaki ini apabila dia mengumpulkan habuk getah pemadam selama 11 tahun. Remaja dari China ini telah menyimpan semua habuk getah pemadam yang digunakannya sejak darjah satu sehinggalah sekarang ini. Sebelum ini dia pernah muncul di televisyen dan koleksi yang dikumpulnya ini hanyalah sebesar bola besbol.
Kini habuk getah pemadam yang dikumpulnya mempunyai berat melebihi satu kilogram! Guang Ying yang berusia 18 tahun itu muncul sekali lagi dalam rancangan televisyen di Jepun mengejutkan ramai apabila dia masih lagi tidak menghentikan hobinya ini. Sehingga kini, dia masih lagi menyimpannya setiap kali dia menggunakan pensil dan pemadam.
Nampaknya remaja lelaki ini tidak pernah terfikir untuk berhenti mengumpulnya malah berhasrat mahu menyerahkan koleksinya ini pada anaknya pada masa hadapan. Bagi menjaga koleksi yang dikumpulnya ini, dia akan membalutnya dengan pembalut plastik. Selain itu, dia juga akan menyapu minyak masak untuk memudahkan habuk baru melekat pada bebola itu.
Remaja ini menganggap bola gergasi itu adalah sebagai ‘lucky charm’ baginya kerana dia sering mendapat keputusan yang bagus setiap kali peperiksaan. Jadi dia tidak mempunyai cadangan untuk berhenti malah akan terus mengumpulnya setiap kali menggunakan pemadam getahnya. Walaupun hobi ini nampak pelik dan unik, kesabaran remaja ini mengumpul dan menjaganya selama 11 tahun ini seharusnya diberikan pujian.
SUMBER
ODDITY CENTRAL
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|