View: 3065|Reply: 6
|
Tips baik punya - Jgn terpengaruh sgt dgn Jijan seman nk niaga sale kena 1 juta,
[Copy link]
|
|
Jualan tahunan 1 juta
Sales 6 angka sebulan
Ini antara impian pendiri bisnes. Aku tak terlepas juga ketika awal menceburi dunia bisnes.
Sexy dan success bunyinya.
Aku hit angka ini 3 tahun selepas aku resign dari kerjaya as a full time geologist. 2014 aku full time bisnes. 2017 kami berjaya hit angka tersebut.
Namun andai aku berpeluang memberi nasihat kepada diri aku ketika itu. Nasihat aku akan berbunyi begini
"Turunkan sales. Control semula cost. Sales banyak tak guna kalau untung takde"
Ya. Aku akan nasihatkan agar turunkan sales!
Mungkin bagi setengah orang bunyinya pelik. Meh aku huraikan
Disebalik kelihatan success jualan 100k sebulan apa yang terselindung?
Kita punya lah nak sales meletop. Maka buat 3 kesilapan ini
1. Jual harga yang murah
2. Increase jumlah pasukan. Overhead syarikat melambung
3. Tekan bajet marketing kaw2
Apabila jual harga barang murah maka % kos produk akan tinggi. Katalah jadi 60%
Maka 60k dah habis pada kos barang.
Nak dapatkan jumlah customer yang banyak. Kita pun spend pada marketing kaw2. Katalah makan 15% dari sales.
Maka 15k dah habis pada kos marketing
Dah order banyak. Team pun kita nak kena tambah. Nak merasa sebagai boss. Gaji kita pun nak up la juga kan. Jadi gaji kita dan pasukan kita setiap bulan berjumlah 15k.
Maka 15k dah habis pada kos tetap.
Nak customer senang nak membeli pula. Kita bantai offer free postage. Jumlah kos pos sebulan adalah 5k
Maka 5k dah habis pada kos pos
Berapa yang tinggal tuan2?
100k - 60k - 15k - 15k - 5k = 5k
Ada lah baki 5k. Yang angka ni belum kira lagi
1. Kalau something emergency happen.
2. Marketing bajet burst.
3. Barang rosak.
4. Performance team sales ke laut.
5. Nak bagi freegift pada customer
Jadi apa yang dibanggakan dengan jumlah sales 100k tu?
Lebih baik sales kita dikurangkan. Namun cost structure dibetulkan
Semak balik kos yang berkait. 3 kesilapan di atas tu di awasi
1. Pastikan harga yang dijual berbaloi mengikut kira2 kita. Jangan tengok orang lain jual murah. Kita pun ikut lawan nak bagi lagi murah
2. Bersabar dan jangan expand telalu cepat. Kawal kos tetap syarikat. Tak payah rasa nak acah2 hebat
dan kelihatan berjaya dengan ramai nya jumlah staff syarikat.
3. Kawal bajet marketing. Jumlah yang dibelanjakan harus mewakili pulangan yang diidamkan. KPI marketer dan salesperson perlu di pacak awal2. Pantau secara rapat
Begitulah pengalaman mendewasakan. Seronok mengejar sales namun hujung bulan nak bayar gaji pun sakit kepala.
Tak salah belajar nak generate sales kaw2. Namun belajar dulu asas kira-kira agar kita mampu membangunkan syarikat dalam keadaan sihat.
Tak payah laju laju.
Laju naik. Laju juga turunnya.
Set your destination. Maintain your pace. Make it grow organically.
credit: Ahmad Zulqurnain
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Jadi J.Semang ni tak pandai meniaga juga lah kan. Iols memang skeptikal geng freshmen 1 juta ni..termasuk. K.Aming. Selain jealousy la
Jual harga murah: Sekarang zmn kovid tak boleh nak buat apa. Orang cantas harga kita and nobody buy. Suka tak suka kena jual murah
|
|
|
|
|
|
|
|
jual murah bleh je, janji margin untung tinggi. Kalo kos nak keluarkan satu satu produk tu just RM1, buat apa la nak jual sampai RM30
|
|
|
|
|
|
|
|
maksud iols jual murah margin rendah..iols tak suka jual barang dgn margin Rm5 ke bawah. nak bayar staf shopee, tax shopee..upah packing bagai tak lepas. tapinya jual mahal org tak sanggup beli
|
|
|
|
|
|
|
|
jual murah kena main volume, last2 penat je
tapi kalo nak produk yg tinggi margin, demand tak berapa ok sekarang ni
|
|
|
|
|
|
|
|
jijan seman mcm mana la gang gang titan dia meniaga waktu2 cobid ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by adila39 at 16-5-2021 09:26 PM
depa kan ada je tu seminar and now banyak sungguh seminar online boom kan sales ni... tahun ni business kecik2 sy untung 100% cuma courier pulak buat hal. Alhamdulillah... sy xde attend motivasi seminar ni semua.. sy buat benda yg org mampu beli je |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|