Edited by boca120879 at 18-5-2022 03:33 AM
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Abu Kuraib Muhammad bin Al Ala`, diceritakan oleh Abdullah bin Idris, diceritakan oleh bapanya (Idris), daripada datuknya, daripada Abu Hurairah,
"Rasulullah s.a.w. pernah ditanya tentang sesuatu yang paling banyak memasukkan seseorang ke dalam syurga. Maka Rasulullah s.a.w. menjawab, "Takwa kepada Allah dan akhlak yang mulia."
Dan Rasulullah s.a.w. juga ditanya tentang sesuatu yang paling banyak memasukkan orang ke dalam neraka. Maka Rasulullah s.a.w. menjawab, "Mulut dan kemaluan."
(Hadith Tirmidzi no. 1927)
Nota penting: Untuk pemahaman yang lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
|