View: 2146|Reply: 10
|
Lelaki beri peringatan tentang kejutan budaya masuk universiti, “Jangan salah pi
[Copy link]
|
|
Lelaki beri peringatan tentang kejutan budaya masuk universiti, “Jangan salah pilih…”
Kehidupan di universiti penuh dengan cabaran dari segi akademik mahupun sosial. Dengan kerja kursus yang bertimbun, meluangkan masa dengan rakan-rakan adalah salah satu cara untuk pelajar-pelajar menghilangkan tekanan.
Oleh itu memilih kawan yang betul adalah penting kerana pelajar akan turut terjebak dengan gaya hidup yang buruk jika berkawan dengan orang yang salah.
Seorang lelaki ini menggambarkan salah satu situasi yang boleh berlaku kepada gadis-gadis yang baru memasuki alam universiti di mana mereka boleh mengalami kejutan budaya selepas terdedah kepada pengaruh rakan sebaya.
Dalam video yang tular, lelaki itu berlakon menjadi seorang gadis bertudung yang pada awalnya menjaga batasan pergaulan dan tidak suka bergaul bebas dengan lelaki sebelum terkena kejutan budaya.
Tidak lama kemudian gadis bertudung itu mula bertukar memakai turban untuk kelihatan lebih bergaya, dan akhirnya dia tidak lagi memakai tudung sebaliknya bergaya dengan rambut berwarna dan mengajak rakan-rakan ke bar untuk hilangkan stress.
Perkongsian lelaki tersebut yang dikatakan benar-benar berlaku dalam kehidupan universiti telah meraih pelbagai komen dari netizen.
“Inilah yang aku takut…”
“Salah pilih, memang ke laut jawabnya…”
SUMBER
TWITTER
|
|
|
|
|
|
|
|
msk u jer dh camtu..igtkan dia pi..London,Paris,NY...maybe Tokyo... |
|
|
|
|
|
|
|
Iols masa kolej.swasta..masa 1st sem.weols masing2 muka inesen gitchuu
Bila dah sem 5..ada sorang dua ni dah tak.inesen.dah...cantiks gitchuu...rambut kaler2..hahah...
Tapi okay lah..janji tak.ikut senior2.yang jadi sugar baby...udah le |
|
|
|
|
|
|
|
tak payah tunggu sampai tiga semester
satu cukup
|
|
|
|
|
|
|
|
teringat pulak kat U dulu
ada budak ni masuk, muka rempit, badan fit athlete, rambut pun rempit
dah habis tahun tiga, keluar pakai short, singlet pink, rambut karat pegang teddy bear |
|
|
|
|
|
|
|
tringat citer sutun..masuk uitm..semua barang2 dia kaler pink
|
|
|
|
|
|
|
|
ya..mcm kawan2 aku dulu baik lelaki mahupun perempuan..kejutan budaya betul.. zaman tu modestos paling dekat dan sangat in. |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat zaman uitm london 2001-2003 dulu
mostly from my experience dedulu
jenis2 lupe diri camni sek sek minah klate
nak exploree kata nya |
|
|
|
|
|
|
|
haa macam tular, semua sebab join mpp kolej nak dapat markah koku
tapi mpp kolej belaka pondanya
dah dia sekali memondan
|
|
|
|
|
|
|
|
Dulu yg pompuan hilang tudung je, yg laki terjadi pompuan lak..
|
|
|
|
|
|
|
|
aku dulu masa kt uni, first sem tu ada kelas titas ramai2 dengan fakulti lain. kelas pun belah malam, tetiba crush la pulak kt sorg mamat ni, kebetulan kitorg ni satu kolej kediaman so bila kelas malam tu selalu temankan aku balik.
sem 2 tu tak sabar nak jumpa heols, dah jumpa sekali tu heols dah ada breast cup B. sedeeyyy |
|
|
|
|
|
|
| |
|