Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Ahmad bin Ibrahim Ad Dauraqi, diceritakan oleh Isma'il bin Ibrahim, daripada Al Jurairi, daripada Abdullah bin Syaqiq,
"Abdullah bin Syaqiq berkata kepada Aisyah, "Siapakah sahabat Rasulullah s.a.w. yang paling dicintai oleh Rasulullah s.a.w.?"
Aisyah menjawab, "Abu Bakar."
Abdullah bin Syaqiq bertanya, "Kemudian siapa?"
Aisyah menjawab, "Umar."
Abdullah bin Syaqiq bertanya, "Kemudian siapa?"
Aisyah menjawab, "Kemudian Abu 'Ubaidah bin Al Jarrah."
Abdullah bin Syaqiq bertanya, "Kemudian siapa?"
Kemudian Aisyah diam."
(Hadith Tirmidzi no. 3590)
Nota penting: Untuk pemahaman yang lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
|