CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1214|Reply: 0

Pedrosa kembali ke MotoGP Styrian

[Copy link]
Post time 20-7-2021 11:29 PM | Show all posts |Read mode
Pedrosa kembali ke MotoGP Styrian


Pelumba Sepanyol, Dani Pedrosa pernah beraksi bersama pasukan Repsol Honda dalam saingan MotoGP. FOTO File AFP

Paris: Dani Pedrosa kembali daripada persaraannya pada usia 35 tahun sebagai penunggang KTM di Grand Prix Styrian bulan depan, umum pasukan MotoGP itu, hari ini.

Pelumba Sepanyol yang memenangi tiga kejuaraan dunia dalam kategori bawah dan bertanding 13 musim dalam MotoGP menang 31 perlumbaan dan menamatkan saingan di tempat kedua keseluruhan tiga kali, bersara pada hujung 2018.

Dia bekerja sebagai pelumba pembangunan buat KTM.

Pasukan dari Austria itu berkata Pedrosa akan menunggang jentera pembangunan KTM RC16 untuk menguji kesesuaian saingan Grand Prix.

KTM RC16 jentera perlumbaan yang digunakan KTM dan pasukan satelit mereka, Tech3 musim ini.

"Terlalu lama sejak kali terakhir saya terbabit dalam perlumbaan dan sudah pasti mentaliti untuk GP adalah ujian yang sangat berbeza," kata Pedrosa menerusi laman web KTM.

"Tumpuan saya pada GP adalah cuba melakukan ujian yang kami perlu ketahui mengenai motosikal dan situasi perlumbaan."

"Sukar untuk bercakap mengenai jangkaan saya selepas sekian lama tidak berlumba."

Sumber:https://www.hmetro.com.my

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:00 PM GMT+8 , Processed in 0.416125 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list