CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 835|Reply: 1

Cuaca berbahaya punca pusingan kedua golf ditangguh dua kali

[Copy link]
Post time 30-7-2021 10:16 PM | Show all posts |Read mode
Kawagoe, Jepun: Pemain Amerika Syarikat (AS) Xander Schauffele mencatatkan lapan di bawah par 63 untuk mendahului sebelum perlawanan pusingan kedua golf di Tokyo 2020 ditangguhkan dua kali kerana cuaca berbahaya, hari ini.
Schauffele melakukan eagle pada par lima di lubang ke-14 dan melakukan tiga birdie berturut-turut di sembilan lubang terakhir untuk melakukan 11 bawah par.
Ia menyaksikan pemain nombor lima dunia itu mengumpul 131 pukulan, satu pukulan di depan pemain Mexico, Carlos Ortiz yang mencatatkan empat bawah par 67 selepas melakukan 65 pukulan pada pusingan pertama.
Schauffele baru saja menamatkan saingan sebelum petir melanda pada 5.20 petang sebelum perlawanan ditangguhkan selama sejam.
"Permainan saya semakin baik di hujung saingan. Situasi apabila saya berharap dapat bermain beberapa lubang lagi," kata Schauffele.
"Nasib baik sempat melakukan putt terakhir pada lubang ke-18 sebelum mereka membunyikan hon untuk menangguhkan perlawanan."
Sebelum ini, juara kejohanan utama empat kali dari Ireland, Rory McIlroy mengeluh apabila perlawanan ditangguhkan dua jam buat kali pertama kerana kilat dan dia melakukan 66 pukulan, ketinggalan empat pukulan di belakang Schauffele.
McIlroy yang bermain tanpa memakai topi kerana tiada arahan penaja, menghidupkan cabaran dengan aksi birdie-birdie-eagle sejak lubang keenam.
sumber : HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-7-2021 10:17 PM | Show all posts

PEMAIN AS, Xander Schauffele mendahului selepas pusingan kedua acara golf di Tokyo 2020, hari ini. FOTO EPA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 07:47 AM GMT+8 , Processed in 0.049662 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list