View: 1279|Reply: 1
|
Fabio akui sudah habis upaya
[Copy link]
|
|
SPIELBERG, Austria – Pelumba Monster Energy Yamaha, Fabio Quartararo mengakui dia terpaksa berpuas hati menamatkan saingan podium tempat ketiga di Grand Prix (GP) Styria kelmarin.
Pada perlumbaan tersebut, Ducati dilihat menguasai saingan di Red Bull Ring selepas pelumba Pramac Racing, Jorge Martin melakukan kejutan menjuarai perlumbaan tersebut meskipun saingan itu dihentikan berikutan insiden kemalangan membabitkan Dani Pedrosa (KTM) dan Lorenzo Savadori (Aprilia) pada awal saingan.
Bagaimanapun, podium tempat ketiga sudah memadai buat Quartararo untuk terus mengukuhkan cengkaman tangga teratas dalam perebutan gelaran musim ini dengan 172 mata sekali gus meninggalkan Johann Zaro di tempat kedua dengan 131 mata, manakala Joan Mir (Suzuki) tempat ketiga dengan 116 mata.
“Saya akui ia adalah perlumbaan yang sukar tetapi bernasib baik kerana berjaya memintas Jack Miller (Ducati) yang me-lakukan kesilapan kecil di selekoh pertama. Itu satu-satunya peluang untuk saya berada di depan.
“Saya akui berdepan masalah terutama di selekoh ketiga, namun hari ini saya benar-benar baik kerana mampu memintas Marc Marquez dan selepas itu Miller.
“Tetapi, secara keseluruhan saya ketinggalan agak jauh de-ngan pelumba di hadapan iaitu Ducati dan Suzuki kerana mereka benar-benar laju di Red Bull Ring. Saya tidak dapat berbuat apa-apa.
“Saya tidak mampu untuk mengejar Mir termasuk Martin. Jadi, saya perlu berpuas hati dengan podium ini. Kami tahu masalah yang sedang kami hadapi di sini dan pasukan akan cari jalan terbaik untuk perbaikinya,” kata Quartararo. – AGENSI
sumber : Kosmo
|
|
|
|
|
|
|
|
QUARTARARO mengakui jentera Yamaha miliknya tidak mampu menandingi kepantasan Ducati dan Suzuki pada perlumbaan GP Styria kelmarin. – AFP |
|
|
|
|
|
|
| |
|