Edited by BicaraHatiku at 10-4-2024 09:48 AM
UPDATE:
Kuala Lumpur: "Saya maafkan sesiapa saja dengan apa yang terjadi (fitnah gangguan seksual). Orang di luar sana mungkin boleh nilai sendiri," kata pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew.
Hari ini, Ebit, 36, dipanggil polis untuk dirakam keterangan berhubung penyebaran video gangguan seksual yang dikaitkan dengan dirinya seperti tular di media sosial baru-baru ini.
Menurutnya, kejadian terbabit tidak mematahkan semangatnya untuk terus menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat sehingga akhir hayatnya.
"Alhamdulillah syukur, Allah SWT menentukan segala-galanya. Saya percaya hidup ini hanya satu tujuan untuk Allah sayang.
"Saya dipanggil bagi membantu siasatan atas tuduhan gosip di luar sana. Saya serahkan kepada polis sepenuhnya," katanya ketika ditemui media di luar pekarangan Bukit Aman di sini, sebaik Ebit selesai memberi keterangan pada 2 petang.
--------------------------------------
PETALING JAYA – Seorang ustaz yang juga pendakwah terkenal tiba bagi memberi keterangan ke Ibu pejabat Polis Bukit Aman pagi ini.Kosmo! Online semalam melaporkan, keterangan daripada lelaki yang berusia dalam lingkungan 30-an itu dipercayai diperlukan bagi membantu siasatan berhubung kes gangguan seksual.
Siasatan dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
Satu kenyataan dijangka dikeluarkan berhubung perkara tersebut hari ini. – K! ONLINE
|