View: 932|Reply: 1
|
Azlia catat masa peribadi terbaik
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Cabaran dua pelumba negara, Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin dan Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais pada hari pertama acara berbasikal dipertandingkan di temasya Paralimpik Tokyo berakhir tanpa sebarang pingat.
Namun pelumba trek wanita negara Azlia berjaya memperbaiki catatan terbaik peribadinya bersama jurumudi Nurul Suhada Zainal biarpun menamatkan aksi final ujian masa 1000 meter (m) B wanita itu di kedudukan kesembilan daripada 10 peserta yang mengambil bahagian.
Dalam acara akhir Azlia dan Suhada merekodkan 1:15.005s memperbaiki catatan peribadi terbaik dilakukan mereka sebelum ini iaitu 1:16.839s di Sukan Asia Indonesia pada 2018.
Biarpun catatan itu jauh daripada catatan masa pelumba Belanda, Larissa Klaassen yang meraih emas dengan rekod baru temasya 1:05.291s, ia dianggap sebagai pencapaian membanggakan terutama selepas memutuskan untuk menyertai acara itu pada saat akhir.
"Kami turun dengan sasaran nak buat 1:14s tapi kami hanya berjaya lakukan 1:15s. Apapun Alhamdulillah kami berjaya perbaiki catatan masa peribadi terbaik kami.
"Jurulatih (Sallahudin Mohd Noh) juga tidak meletakkan sebarang sasaran dan hanya menyuruh kami melakukan yang terbaik. Sebenarnya fokus kami ujian masa (31 Ogos) dan lebuh raya (3 September)," kata Suhada.
Dalam aksi itu Aileen McGlynn Obe dari Great Britain meraih perak dengan catatan 1:06.743s manakala Griet Hoet (Belgium) melengkapkan pentas podium di tempat ketiga, 1:07.943s.
Sementara itu, Yusof yang beraksi dalam acara kejar mengejar 3000 meter (m) C1 menamatkan saingan di tempat ketujuh dari 10 peserta selepas mencatatkan masa 3 minit 58.413 saat (s) di Velodrom Izu Tokyo.
Nyata kayuhannya gagal menandingi pelumba Russia, Mikhail Astashov yang mencatat rekod baru dunia dengan catatan 3:35.954s dalam aksi kelayakan itu.
Pada aksi saringan itu atlet Kanada, Tristen Chernove berada di tempat kedua dengan mencatat 3:40.591s dan pelumba China, Zhangyu Li 3:41.164s ketiga manakala Ricardo Ten Argiles dari Sepanyol, 3:42.795s keempat.
HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
AZLIA bersama jurumudi Nurul Suhada menduduki tempat kesembilan. Foto Paralympic.org |
|
|
|
|
|
|
| |
|