View: 725|Reply: 1
|
Abu Samah harap tuah aksi di Tokyo
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Atlet tenis kerusi roda negara, Abu Samah Borhan mengharapkan tuah memihak kepadanya apabila turun berdepan lawan dari Costa Rica, Jose Pablo Gil dalam aksi pusingan pertama di temasya Paralimpik Tokyo esok.
Berdasarkan ranking, kelebihan dilihat memihak kepada atlet negara yang kini menghuni ranking ke-44 dunia berbanding Pablo yang berada di ranking ke-50 dunia.
Abu Samah sebelum ini pernah menewaskan Gil 6-0, 6-2 di pentas separuh akhir Terbuka MTA di Turki sebelum tewas di tangan Tokito Oda dari Jepun di pentas final.
Bagi jurulatihnya, Muhammad Ashaari Zainal Abidin, berdasarkan prestasi semasa Abu Samah dan rekod pencapaiannya, atlet berusia 36 tahun itu dilihat tidak berdepan masalah untuk mara ke pusingan seterusnya.
Katanya, berbekalkan kejayaan pernah menewaskan pemenang pingat gangsa Sukan Para Asia, Kohei Suzuki dari Jepun ketika aksi di Turki menjadi kekuatan dan pembakar semangat buatnya melakarkan kejayaan gemilang pada temasya kali ini dengan sasaran mara ke kelompok 16 terbaik.
"Abu sudah bersedia untuk menghadapi Gil. Latihan juga berjalan lancar.
"Saya mengenali pihak lawan dan Abu juga kenal sapa lawannya.
"Insya-Allah, Abu akan berikan yang terbaik buat negara. Dia seorang atlet yang cukup bersemangat dan tidak kisah siapa pun lawannya dia berani sahut cabaran," katanya.
Andai berjaya melepasi halangan pertama, atlet kelahiran Perak itu akan berdepan pemain Belanda, Tom Egberink yang mara ke pusingan kedua secara 'bye' - lawan yang pernah menewaskannya dua kali di suku akhir Terbuka Busan, masing-masing pada 2014 dan 2015.
HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pemain tenis kerusi roda negara, Abu Samah Borhan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|