View: 706|Reply: 1
|
Norza kekal Presiden MOM
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria bertekad untuk terus memperkasakan badan induk itu selepas kekal menjawat jawatan berkenaan bagi penggal baru 2021/2025.
Beliau akan dibantu oleh Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin yang diumumkan sebagai timbalan presiden selepas kedua-duanya menang tanpa bertanding.
Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Panel Pemilihan MOM, Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos selepas tiada pencalonan diterima untuk dua jawatan utama dalam badan induk itu.
Selain Norza dan Hamidin, Jahaberdeen turut mengesahkan dua jawatan Penolong Setiausaha Agung wanita akan diisi Moira Tan dan Datuk Ahmad Feisal Ahmad Tajuddin mengekalkan jawatan bendahari.
Norza berkata, beliau percaya kepercayaan yang diberikan ini oleh persatuan sukan adalah untuk memastikan kesinambungan yang berterusan dalam kepimpinan MOM.
"Saya ambil mandat ini sebagai tanggungjawab terutama ketika sukan negara berdepan dengan cabaran getir dalam menghadapi pandemik ini.
"Saya juga akan meneruskan usaha yang belum selesai iaitu memastikan Olimpian kita menerima pencen," katanya yang juga Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Sementara itu untuk lima kerusi naib presiden akan membabitkan persaingan lapan calon iaitu Datuk Mumtaz Jaafar (wanita), Datuk Dr S Shamala (wanita), Tan Sri Mohammad Noor Abdul Rahim, Datuk Chong Kim Fatt, Datuk Shahrul Zaman Yahya, Datuk Megat Zulkarnain Omardin, Nik Razeen Adam Daud dan Datuk Nur Azmi Ahmad.
Bagi jawatan Setiausaha Agung MOM penyandang, Datuk Mohd Nazifudin Najib akan dicabar bekas timbalan presiden, Datuk Seri Azim Zabidi, Melvin Chia dan Megat Fairuz Khairuddin.
Dua calon iaitu Chan Foong Keong dan Syed Zainal Abidin Syed Zin akan bertanding merebut jawatan penolong setiausaha agung manakala Datuk Amarji Singh Gill dan Mohd Nasir Ali bertanding untuk kerusi penolong bendahari.
Pemilihan kepimpinan baharu MOM bagi penggal 2021/2025 bakal diadakan 4 September ini sempena Mesyuarat Agung Tahunan badan induk itu yang akan dijalankan secara maya.
HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
NORZA kekal menjawat jawatan Presiden MOM bagi penggal baru 2021/2025. FOTO Owee Ah Chun |
|
|
|
|
|
|
| |
|