View: 683|Reply: 1
|
Berrettini, Zverev halangan Djokovic ke final
[Copy link]
|
|
New York: Novak Djokovic mungkin mengulangi aksi final Wimbledon apabila menentang pemain Itali, Matteo Berrettini di suku akhir Terbuka Amerika Syarikat (AS) dan berdepan juara Olimpik, Alexander Zverev pada separuh akhir dalam misi melengkapkan kalendar Grand Slam di New York.
Undian perseorangan lelaki oleh Persatuan Tenis AS semalam menyaksikan bintang Serbia berusia 34 tahun itu yang juga pilihan utama dijangka menentang pemain Australia, Alex de Minaur di pusingan keempat.
Juara Grand Slam 20 kali itu kemudiannya mungkin berdepan Berrettini di suku akhir dan pilihan keempat dari Jerman, Zverev menunggunya di separuh akhir.
Zverev muncul naib juara Terbuka AS tahun lalu selepas tewas kepada pemain Austria, Dominic Thiem yang tidak dapat mempertahankan gelarannya dalam kejohanan bermula Isnin ini selepas mengalami kecederaan.
Pemain nombor satu dunia, Djokovic kini dalam misi menjadi lelaki pertama menang kesemua empat Grand Slam dalam tahun sama sejak Rod Laver melakukannya pada 1969.
Dia juga berusaha menjadi pemain lelaki terbanyak menjuarai Grand Slam selepas terikat 20 gelaran dengan Roger Federer dan Rafael Nadal yang tidak dapat mengambil bahagian akibat kecederaan.
Undian penuh menyaksikan Djokovic memulakan misinya dengan menentang pemain kelayakan dan menunggunya di pusingan kedua sama ada pemain ranking ke-10 dari Belanda atau pemain nombor 52 dunia dari Jerman, Jan-Lennard Struff.
HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
DJOKOVIC dalam misi mencipta sejarah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|