View: 634|Reply: 1
|
Shelly-Ann catat masa ketiga terpantas 100m
[Copy link]
|
|
Lausanne: Shelly-Ann Fraser Pryce membalas dendam di atas kekalahannya di Olimpik Tokyo apabila menewaskan rakan senegara dari Jamaica, Elaine Thompson-Herah dalam acara 100 meter di Liga Berlian Lausanne dengan catatan ketiga terpantas dalam sejarah.
Juara Olimpik 2008 dan 2012 berusia 34 tahun itu mencatat 10.60 saat, hanya lima hari selepas Elaine mencipta masa kedua terpantas, 10.54s di Eugene, Amerika Syarikat.
Elaine, pemenang tiga pingat emas di Tokyo menerusi 100m, 200m dan 4x100m menduduki tempat kedua dengan catatan, 10.64s yang juga kelapan terpantas dalam sejarah acara itu.
"Saya dapat menjangkakan kemenangan ini dan gembira mencatat masa terbaik,'' kata Shelly selepas tamat larian di hadapan penonton yang memenuhi Stadium Olympique de la Pontaise awal pagi tadi.
Juara dunia sembilan kali itu berkata: "Saya teruskan berlatih setiap kali selepas perlumbaan. Saya percaya dengan diri sendiri dan malam ini saya mencipta masa peribadi terbaik.''
"Saya tahu mampu melakukannya walaupun cuaca agak berangin.''
Shelly dan Elaine berpeluang memecahkan rekod dunia 10.49s berusia 33 tahun milik Florence Griffith-Joyner apabila kedua-duanya berentap dalam satu lagi Liga Berlian di Paris, esok.
Shericka Jackson melengkapkan penguasaan Jamaica dengan menduduki tempat ketiga.
HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
REAKSI Shelly-Ann selepas menjuarai acara 100m wanita. FOTO AFP |
|
|
|
|
|
|
| |
|