|
Kuala Lumpur: Selepas empat hari berlangsung temasya Paralimpik Tokyo, hari ini mungkin ada khabar gembira dihadiahkan kepada kontinjen negara apabila juara dunia dalam powerlifting, Bonnie Bunyau Gustin turun beraksi.
Bonnie diletakkan harapan berdasarkan prestasi cemerlang yang dipamerkan atlet kelahiran Sarawak dan menjadi taruhan negara dalam kategori bawah 72 kilogram (kg) di Forum Antarabangsa Tokyo.
Di atas kertas, Bonnie diletakkan sebagai pilihan juara berdasarkan pencapaiannya yang kini menghuni ranking nombor satu dan pemegang rekod dunia dalam kategori itu dengan angkatan 230kg.
Menurut jurulatihnya, Jamil Adam, Bonnie kini berada dalam keadaan terbaik dan bersedia dari segala aspek.
"Saya harap seluruh rakyat Malaysia mendoakan kejayaannya.
"Dia atlet berdisiplin dan sentiasa mahu beri yang terbaik. Selepas hampir seminggu berada di sini (Tokyo) dia bersedia sepenuhnya untuk memberi khabar gembira kepada negara," katanya.
Atlet berusia 22 itu sebelum ini meraih emas di Piala Dunia Para Powerlifting Fazza Ke-11 di Dubai dalam kategori senior lelaki berat melebihi 72 kilogram (kg).
Dia memecahkan rekod dunia dengan angkatan 230kg yang sebelumnya dipegang Roohallah Rostami dari Iran dengan angkatan 229kg semasa di Para Asia Jakarta 2018.
Bonnie antara atlet yang disebut-sebut mampu menghadiahkan pingat emas buat negara selain atlet olahraga, Muhammad Ziyad Zolkefli, Abdul Latif Romly, Cheah Leik Hou (badminton para) dan S Suresh (memanah).
HMetro
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
BONNIE Bunyau Gustin |
|
|
|
|
|
|
|
Kol brp dia punya acara tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Perkembangan terbaru...dia first rank skang ni dgn angkatan 228kg.. Dah pecah rekod para.. Tgh tngu peserta2 lain plk..harap2 dpt emas le. |
|
|
|
|
|
|
|
Ok malaysia dah menang 1 emas...beribu2 taniyyaa Bonnie...ni la baru betul wira olimpik... |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah.. dapat pun dia, tahniah.. Bonnie |
|
|
|
|
|
|
|
EMAS PERTAMA PARALIMPIK TOKYO 2020!
Alhamdulillah. Tahniah Bonnie Bunyau Anak Gustin, atlet angkat berat para yang membawa pulang pingat emas pertama negara di temasya Paralimpik Tokyo 2020 kali ini.
Beliau merupakan atlet di kedudukan ranking pertama dunia dengan best lift of 228kg sekali gus mencipta rekod baharu Paralimpik!
Pernah mencipta World Record di Dubai World Cup 2021 dengan angkatan 230kg.
Terima kasih Bonnie atas persembahan yang cukup membanggakan. Keluarga Malaysia amat berbangga dengan pencapaian ini!
Ini adalah penyertaan pertama buat Bonnie untuk Temasya Sukan Paralimpik dan beliau membuktikan tiada yang mustahil untuk dicapai!
#DemiMalaysia!
|
|
|
|
|
|
|
|
Excellent work Bonnie
SUKAN PARALIMPIK TOKYO 2020
-KEPUTUSAN-
SUKAN : PARA POWERLIFTING
TARIKH : 28 OGOS 2021
Atlet : Bonnie Bunyau (WR 1)
Acara : Mens -72kg
(MAS)Bonnie Bunyau - 228kg
(EGY) Attia Mahmoud - 191 kg
(GBR) Yule Micky - 182 kg
-Catatan-
Bonnie berjaya memecahkan *rekod Paralimpik* pada angkatan ketiga dengan angkatan 228kg yang dahulunya dipegang oleh Rasool Mohsin (IRQ) dengan angkatan 227kg.
#DemiMalaysia #KontinjenMALAYSIA #Tokyo2020 #Paralympics |
|
|
|
|
|
|
| |
|