Paralimpik Tokyo 2020: Lebur rekod Paralimpik, Bonnie butir pingat emas pertamaAmmar Hakim
Ogos 28, 2021 11:03 MYT
Jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin, menjadi atlet negara yang pertama meraih pingat emas dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dalam kategori lelaki 72 kilogram (kg) di Tokyo International Forum, sebentar tadi.
Atlet berusia 22 tahun dari Sarawak yang dilihat sebagai pencabar utama pingat untuk acara itu selepas memecah rekod dunia 230 kg pada Piala Dunia Powerlifting Fazza Dubai ke-11 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) Jun lalu.
Bonnie telah memecahkan rekod Paralimpik dengan 228kg sekaligus meninggalkan pencabar terdekat Mahmoud Attia dari Mesir di tempat kedua dan Micky Yule dari Great Britain di tempat ketiga.
Alhamdulillah. Tahniah Bonnie Bunyau Anak Gustin, atlet angkat berat para yang membawa pulang pingat emas pertama negara di temasya Paralimpik Tokyo 2020 kali ini.
Beliau merupakan atlet di kedudukan ranking pertama dunia dengan best lift of 228kg sekali gus mencipta rekod baharu Paralimpik!
Pernah mencipta World Record di Dubai World Cup 2021 dengan angkatan 230kg.
Terima kasih Bonnie atas persembahan yang cukup membanggakan. Keluarga Malaysia amat berbangga dengan pencapaian ini!
Ini adalah penyertaan pertama buat Bonnie untuk Temasya Sukan Paralimpik dan beliau membuktikan tiada yang mustahil untuk dicapai!
SUKAN : PARA POWERLIFTING
TARIKH : 28 OGOS 2021
Atlet : Bonnie Bunyau (WR 1)
Acara : Men’s -72kg
(MAS)Bonnie Bunyau - 228kg
(EGY) Attia Mahmoud - 191 kg
(GBR) Yule Micky - 182 kg
-Catatan-
Bonnie berjaya memecahkan *rekod Paralimpik* pada angkatan ketiga dengan angkatan 228kg yang dahulunya dipegang oleh Rasool Mohsin (IRQ) dengan angkatan 227kg.
Post time 28-8-2021 12:36 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Tahniahhh ....
Atlet malaysia yg sempurna ... Harus belajar semangat juwa kental yg ada pada paralimpik atlet ..
Bagi aku paralimpiad punya jiwa kental and semangat juang mmg lebih tinggi dr org sempurna dlm apa jua pun ... And for us of org biasa. Sbb living survival yg allah bagi pada mereka disebalik kekurangan ..
Author|Post time 28-8-2021 01:54 PMFrom the mobile phone|Show all posts
EMAS PERTAMA PARALIMPIK TOKYO 2020!