View: 787|Reply: 1
|
Trio basikal campuran perbaiki catatan peribadi
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Trio berbasikal campuran negara di temasya Paralimpik gagal menempatkan diri dalam penentuan pingat gangsa apabila menamatkan saingan di kedudukan kelima keseluruhan.
Turun beraksi dalam kategori C1-5, barisan pelumba negara yang dibarisi Zuhairie Ahmad Tarmizi, Muhammad Hafiz Jamali dan Mohamad Yusof Hafizi tetap mempamerkan aksi membanggakan di Velodrom Izu.
Ketiga-tiga pelumba negara itu merekodkan 50.532 saat (s) sekali gus memperbaiki catatan masa terbaik peribadi 51.872s yang dilakukan ketika menyertai Kejohanan Dunia di Milton, Kanada pada 2020.
Bagi jurulatih Sallehudin Mohd Noh, beliau tetap gembira dengan pencapaian barisan pelumba negara apabila berjaya menewaskan trio dari Amerika Syarikat(AS) yang menewaskan pasukan negara ketika di Kejohanan Dunia itu.
"Pasukan pecut campuran negara tidak berjaya ke penentuan 3-4 dan terpaksa berpuas hati dengan tempat kelima. Tapi mereka berjaya memperbaiki catatan masa peribadi pasukan iaitu 50.532s hanya 0.188 memisahkan dengan pasukan Perancis yang berada di tempat keempat.
"Walau bagaimanapun pasukan Malaysia berjaya mengatasi pasukan AS yang menewaskan kita ketika di Milton tahun lalu," katanya.
Begitupun misi skuad berbasikal negara masih belum tamat yang mana mereka akan berangkat ke Fuji hari ini untuk meneruskan aksi dalam acara lebuh raya yang akan bermula dari 31 Ogos hingga 4 September ini di Fuji International Speedway.
Yusof dijadual menyertai acara ujian masa individu lelaki C1 di Fuji International Speedway pada 31 Ogos ini dan turut mengiringinya adalah Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais dalam acara ujian masa individu wanita B.
Azlia yang dibantu jurumudi, Nurul Suhada Zainal turut dijadual menyertai acara lebuh raya wanita B pada 3 September ini.
HMetro
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Atlet berbasikal para negara, Mohamad Yusof Hafizi. FOTO File NSTP |
|
|
|
|
|
|
| |
|