View: 750|Reply: 1
|
Bonnie bakal terima ganjaran lumayan
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Ganjaran istimewa menanti atlet paralimpik negara, Bonnie Bunyau Gustin yang berjaya menyumbangkan emas buat kontinjen di temasya Paralimpik Tokyo kali ini.
Bukan hanya RM1 juta di bawah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) yang akan diraih oleh Bonnie dan pencen bernilai RM5,000 sebulan, atlet kelahiran Sarawak juga itu akan turut menerima ganjaran bernilai RM100,000 daripada penaja FWD Takaful Berhad.
Malah Menteri Belia dan Sukan yang baru, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu turut memaklumkan beliau akan mengadakan perbincangan bersama kementerian dan juga kerajaan untuk memberi ganjaran yang lebih baik kepada mereka yang mengharumkan nama negara.
"Saya mewakili seluruh rakyat Malaysia amat berbangga dan mendapat hadiah istimewa dari Bonnie pada sempena hari Kemerdekaan kita yang ke-64.
"Ia satu kejayaan yang besar buat seluruh rakyat Malaysia dan kejayaan Bonnie ini diharapkan akan jadi pembakar semangat untuk atlet yang lain membawa emas.
"Untuk itu saya akan usahakan ganjaran kepada mereka yang mengharumkan nama negara dan kini sedang berusaha mencari pendekatan terbaik untuk kehidupan mereka selepas bergelar atlet," katanya.
Terdahulu Bonnie meraih pingat emas pertama negara dalam acara 72 kilogram (kg) powerlifting selepas melakukan angkatan seberat 228kg yang merupakan rekod baharu temasya itu.
Sementara itu, Faizal berkata, beliau turut membayangkan dua lagi pingat mampu dicapai oleh barisan atlet para negara menerusi beberapa acara sukan yang lain seperti badminton dan olahraga.
"Dengan semangat Malaysia boleh, saya yakin ada banyak lagi atlet yang boleh harumkan nama negara.
"Kejayaan Bonnie ini akan menjadi pembakar semangat untuk atlet lain membawa emas atau sekurang-kurangnya mengharumkan nama Malaysia dalam apa juga acara," katanya.
HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
BONNIE memenangi emas pertama untuk kontinjen negara. FOTO Bernama |
|
|
|
|
|
|
| |
|