View: 667|Reply: 1
|
Perjuangan Abu Samah berakhir
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Impian pemain tenis kerusi roda negara, Abu Samah Borhan untuk mara sekurang-kurangnya ke kelompok 16 terbaik tidak kesampaian apabila tewas di pusingan kedua kepada pemain dari Belanda, Tom Egberink hari ini.
Beraksi dalam tempoh 46 minit, nyata Abu Samah gagal untuk mengekang kepantasan lawan yang dilihat lebih banyak menguasai perlawanan seterusnya menang mudah 6-0, 6-1.
Berdasarkan rekod pertemuan, kelebihan memihak kepada Egberink yang sebelum ini menewaskan Abu Samah sebanyak dua kali iaitu di suku akhir Terbuka Busan masing-masing pada 2014 dan 2015.
Mungkin keletihan beraksi di pusingan pertama masih lagi terasa oleh Abu Samah selepas penganjur menukar jadual perlawanan yang mana menyaksikan atlet dari Perak itu terpaksa turun hari ini berbanding jadual asal, esok.
Semalam, Abu Samah mara ke pusingan kedua selepas menewaskan lawan dari Costa Rica, Jose Pablo Gil 4-6, 6-3, 6-2.
Pemain berusia 36 tahun itu mengharungi perlawanan selama dua jam 19 minit dengan Gil yang kali terakhir ditemuinya di pentas separuh akhir Terbuka MTA, April lalu.
HMetro
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ABU Samah ucap tahniah kepada Egberink. FOTO Ihsan Majlis Sukan Negara |
|
|
|
|
|
|
| |
|