View: 1242|Reply: 2
|
Suhaimi dipilih pengadil final Piala Dunia Bola Sepak Pantai
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Ketika mutu pengadil tempatan sentiasa dikritik peminat sendiri, sebaliknya dunia mengiktiraf pengadil dari Malaysia apabila Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) memilih Suhaimi Mat Hassan untuk mengendalikan aksi final Piala Dunia Bola Sepak Pantai yang menemukan Rusia dan Jepun di Luzhniki Beach Soccer Arena, Moscow, 12.30 tengah malam ini.
Biarpun ia hanya aksi bola sepak pantai, namun pengiktirafan yang diberikan oleh Fifa itu pastinya menaikkan imej dan reputasi pengadil tempatan di mata dunia.
Kejayaan Suhaimi itu turut menarik perhatian Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) apabila Presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin mengucapkan sekalung tahniah kepada pengadil berusia 45 tahun itu.
Pada aksi kemuncak itu, Suhaimi akan bertindak selaku Pengadil Utama perlawanan dan akan dibantu oleh Sofien Benchabane dari Perancis sebagai Pengadil Kedua, Gionni Matticoli dari Itali sebagai Pengadil Ketiga, Hany Farouk dari Mesir sebagai Penjaga Masa dan Turki Al Salehi dari Oman sebagai Pengadil Simpanan.
Sepanjang kejohanan berlangsung sejak 19 Ogos lalu, Suhaimi adalah antara empat pengadil dari Asia pada edisi kali ini sudah mengadili beberapa aksi peringkat kumpulan seperti ketika perlawanan antara Belarus menentang El Salvador serta ketika aksi Portugal bertemu Senegal dan perlawanan babitkan El Salvador lawan Switzerland.
Malah, dia turut bertugas di peringkat suku akhir sebagai Pengadil Ketiga antara Senegal dan Brazil.
Untuk rekod, ini adalah pentas Piala Dunia Bola Sepak Pantai kali kelima buat Suhaimi yang sebelum ini mengadili empat edisi Piala Dunia Bola Sepak Pantai pada tahun 2011 di Itali, 2013 di Tahiti, 2015 di Portugal dan 2019 di Paraguay.
HMetro
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|