CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1835|Reply: 16

[Sarawak] Taji ayam makan tuan

[Copy link]
Post time 30-8-2021 07:46 PM | Show all posts |Read mode
BINTULU: Seorang lelaki tempatan maut akibat terkena taji ayam dalam satu kejadian di sebuah kebun kelapa sawit di Jalan Bintulu-Miri pada Ahad.

Mangsa berusia 42 tahun itu disahkan meninggal dunia di Hospital Bintulu kerana kehilangan darah yang banyak disebabkan kecederaan teruk pada bahagian paha.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintenden Zulkipli Suhaili berkata, pihak polis menerima kejadian tersebut kira-kira jam 7.29 malam.

"Hasil siasatan lanjut mendapati mangsa hadir di gelanggang sabung ayam di Batu 21 dan membawa ayam sabung miliknya sekitar 2.30 petang pada hari yang sama.

"Sebelum kejadian, mangsa telah mengikat taji ayam buatan sendiri pada kaki ayam tersebut dan masuk ke gelanggang bagi melepaskan ayam sabungnya untuk bersabung dengan ayam lain," katanya dalam satu kenyataan tadi.

Bagaimanapun, tambahnya, ayam mangsa tiba-tiba menerkam ke arahnya sehingga menyebabkan kecederaan pada bahagian paha akibat terkena taji ayam tersebut.

"Pihak polis telah membuka kertas siasatan dan diklasifikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR)," ujarnya.

Selain itu, susulan insiden terbabit, seramai enam orang lelaki tempatan berusia 31 tahun hingga 53 tahun melibatkan tuai rumah, pemilik kebun tempat sabung ayam dijalankan dan beberapa individu dipercayai penganjur ditahan pada jam 1.30 tengah hari tadi bagi membantu siasatan kes.

"Kes disiasat di bawah seksyen 269 Kanun Keseksaan, seksyen 3(1) Langkah-Langkah Pencegahan Penganiayaan Terhadap Haiwan 1952 dan Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit ( Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021.

"Kesemua suspek akan direman pada 31 Ogos di Mahkamah Majistret Bintulu untuk siasatan lanjut bagi mengenal pasti suspek lain yang terlibat sekali gus mengesahkan kejadian tersebut," katanya lagi.

Bagi kesalahan sabung ayam, suspek berdepan dengan hukuman penjara tiga bulan atau denda sebanyak RM1000 manakala bagi kesalahan dengan cuai mungkin merebakkan apa-apa jangkitan penyakit yang berbahaya kepada nyawa boleh dihukum penjara enam bulan atau denda atau keduanya manakala perbuatan melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) juga boleh dikompaun sehingga tidak melebihi RM50,000.

Justeru itu, Zulkipli menyeru dan mengingatkan masyarakat Bintulu agar sentiasa mematuhi SOP Pelan Pemulihan Negara PPN dengan menjaga penjarakan sosial, tidak berkumpul beramai-ramai dan tidak menganjurkan serta menyertai apa-apa aktiviti yang dilarang dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19 19 demi kesejahteraan bersama.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-8-2021 07:53 PM | Show all posts
menyabung ayam tu dah salah ...
apa lagi masa masa camni ...

orang risau nak kurangkan covid ...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2021 07:56 PM | Show all posts
kalau terkena taji ni ...


Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2021 08:22 PM | Show all posts
mcm manalah rupa ayam selepas bertanding ni....kesian tul
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2021 08:31 PM | Show all posts
kyozsamurai replied at 30-8-2021 08:22 PM
mcm manalah rupa ayam selepas bertanding ni....kesian tul
kalau kalah ...
bangkai nya akan d biar gtu jer ... d buang cam sampah ...
sebab menyabung ayam ni bukan kecik pertaruhan nya ... ribu2


dari apa yang FC baca ... taji / pisau yang d letak kat kaki ayam tu ... boleh mematahkan tulang ayam ... bayangkan sakit nya ayam bila terkena ...


Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2021 08:45 PM | Show all posts
ada jak area sebenarnya deng kat pendalaman sidak gik bersabong manok
tapi jauh ney polis nak pegi sampe sinun
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-8-2021 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Laaaaa....
Tajam tuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2021 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 30-8-2021 08:31 PM
kalau kalah ...
bangkai nya akan d biar gtu jer ... d buang cam sampah ...
sebab menyabung ayam n ...

Allahu.. Kejamnya.. Dah untung, nasib ayam biar gitu je.. What kinda satisfaction they get from this eh?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2021 07:13 AM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 30-8-2021 07:56 PM
kalau terkena taji ni ...

Ini rupanya Taji Ayam. Mmg tajam betul.
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2021 07:16 AM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 30-8-2021 08:31 PM
kalau kalah ...
bangkai nya akan d biar gtu jer ... d buang cam sampah ...
sebab menyabung ayam n ...

Diharapkan selepas kejadian ni,  yg suka sabung Ayam tu berenti la. Menyiksa binatang. Insafla. Sedangkan simangsa terkena Taji pun boleh meninggal. Apatah lagi seksanya Ayam tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-8-2021 09:49 AM | Show all posts
Vellfire replied at 30-8-2021 08:45 PM
ada jak area sebenarnya deng kat pendalaman sidak gik bersabong manok
tapi jauh ney polis nak pegi  ...
perlu ada lesen deng mun maok nyabung manok...
mintak kat cdak residen opis sia mun sik salah mek



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-8-2021 09:54 AM | Show all posts
ease replied at 30-8-2021 10:47 PM
Allahu.. Kejamnya.. Dah untung, nasib ayam biar gitu je.. What kinda satisfaction they get from th ...
ramai jer akan marah jika kita2 kutuk menda gni ...

hobi...?


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-8-2021 10:05 AM | Show all posts
fatinandreanna replied at 31-8-2021 07:16 AM
Diharapkan selepas kejadian ni,  yg suka sabung Ayam tu berenti la. Menyiksa binatang. Insafla. Se ...
payah kot pengharapan tu ...

sebab menda ni kira macam ...hobi...?

senang nak paham ... ada yang hobi nya mendaki gunung ... bahaya tapi tetap buat juga ...

sama juga perlawanan laga lembu yang pemes kat Sepanyol...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2021 03:22 AM | Show all posts
Berita berkaitan :
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1268809




BINTULU: Seorang tuai  rumah panjang dan pemilik ladang kelapa sawit antara enam lelaki tempatan  di tangkap sebab terlibat dalam kes sabung ayam.

Semalam, seorang lelaki berusia 42 tahun maut selepas mengalami  kecederaan paha  disebabkan oleh taji ayam sekitar jam 2.39 petang di Batu 21 Jalan Bintulu-Miri.

Mangsa dikejarkan ke hospital namun meninggal ketika menerima rawatan.

Kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Ketua Polis Daerah Bintulu Supritendan Zulkipli Suhaili berkata, suspek yang ditahan berusia antara 31 dan 53 tahun.

Beliau berkata, sebelum tangkapan, beberapa klip video kejadian itu menjadi viral di media sosial.

"Klip itu juga menunjukkan sekumpulan lelaki yang terlibat dalam sabung ayam," katanya dalam kenyataan.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Seksyen 3 (1) Pencegahan Kekejaman terhadap Haiwan 1952, dan Peraturan 17 (1) Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Kawasan Tempatan yang Terinfeksi) (Pemulihan Nasional Rancangan) 2021.

Zulkipli berkata, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara hingga tiga bulan atau dikenakan denda RM1,000, jika sabit kesalahan.

Mereka menyebarkan penyakit yang mengancam nyawa secara tidak sengaja, hukumannya adalah penjara enam bulan atau denda, atau kedua-duanya; kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Kompaun yang dikeluarkan berjumlah RM20,000; dan kompaun RM4,000 boleh dikeluarkan kepada mereka yang hadir di gelanggang sabung ayam.

"Masyarakat diingatkan supaya mematuhi SOP sebagai usaha untuk memutuskan rantai jangkitan Covid-19," katanya.





Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 31-8-2021 10:05 AM
payah kot pengharapan tu ...

sebab menda ni kira macam ...hobi...?

Mmg payah. Wishful thinking je.

Mcm adik kawan saya, tiap2 kali ada sabung ayam, dia mesti bertaruh. Sampai kena serbu polis. Dah x join sabung ayam, minum pulak ari2 lepas balik kerja. Mungkin pd org mcm ni, ia satu aktiviti sosial je buat lepas penat kerja estet.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2021 04:36 PM | Show all posts
fatinandreanna replied at 8-9-2021 09:54 AM
Mmg payah. Wishful thinking je.

Mcm adik kawan saya, tiap2 kali ada sabung ayam, dia mesti ber ...
erm... minum apa tu ...?

kat sini kalau tulis gtu ... ramai akan kata ... minum arak

kalau minum tsk nyusah kan sesapa takde hal...
ada yang bila dah minum ... baru hi skit ... mula la...



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2021 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 8-9-2021 04:36 PM
erm... minum apa tu ...?  

kat sini kalau tulis gtu ... ramai akan kata ... minum arak  ...

Betullah sangkaan FC tu.

Klu ikut pandangan saya, mmg adik kawan saya tu mcm aktiviti melepak sama kawan. Kawan seminum pun yg kerja estet sama. Buat hilang penat kot. Bini dia je la bising mengadu kt kawan saya. Bagi saya kt Borneo benda ni xde hal la. Xkacau org pun. Aktiviti minuman dia pun xmenjejaskan kerja.

Mungkin ini part of distraction bagi dia supaya xpegi join taruh sabung ayam lagi. Saya fikir gitula.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 11:55 AM GMT+8 , Processed in 2.345778 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list