View: 765|Reply: 0
|
PARALIMPIK: MPM rayu kerajaan beri ganjaran kepada Ziyad
[Copy link]
|
|
PARALIMPIK: MPM rayu kerajaan beri ganjaran kepada Ziyad
Helmi Talkah
[email protected]
September 1, 2021 @ 3:31pm
Megat mohon kerajaan beri ganjaran kepada Ziyad selepas emasnya ditarik balik.
KUALA LUMPUR: Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin memohon pertimbangan kerajaan agar memberikan ganjaran sewajarnya kepada jaguh lontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli selepas pingat emas yang dimenangi atlet itu di Sukan Paralimpik Tokyo 2020, semalam ditarik balik.
Beliau yang juga ketua kontinjen negara ke temasya itu dalam satu kenyataan, hari ini, berkata ia bagi menghargai jasa dan pencapaian luar biasa atlet berusia 31 tahun itu.
"Saya memohon pertimbangan kerajaan agar dapat memberikan ganjaran sewajarnya ataupun yang bersesuaian di atas jasa dan pencapaian luar biasa Ziyad di Paralimpik Tokyo 2020 bagi menghargai pengorbanannya selama ini.
"Bagi pihak kontinjen negara, saya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia di atas isu yang terjadi," katanya.
Dalam pada itu, Megat turut mengesahkan panel juri Sukan Paralimpik Tokyo 2020 menolak rayuan kem Malaysia berkaitan dengan penarikan semula pingat emas yang dimenangi oleh Ziyad dalam acara lontar peluru F20.
"Rayuan itu ditolak semalam kerana bertentangan dengan peraturan pertandingan Olahraga Para Dunia di perenggan 5 (Failure Tp Report To The Call Rooms) yang mana atlet boleh dihalang menyertai pertandingan kerana kelewatan melaporkan diri atau pun dibenarkan menyertai pertandingan tertakluk kepada keputusan Call Room Referee.
"Sekiranya kesalahan berkenaan terbukti dilakukan, maka keputusan atlet tersebut dicatat sebagai DNS (Did Not Start). Selepas rayuan dibuat akhirnya Ziyad bersama atlet dari Ecuador dan Australia dibenarkan menyertai pertandingan secara bersyarat (under protest)," katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya masih belum berputus asa dan akan memanjangkan isu berkenaan ke Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) dan Olahraga Para Dunia sejurus temasya Paralimpik Tokyo berakhir.
"Ini kerana tindakan itu hanya boleh dilakukan selepas berakhirnya temasya Paralimpik Tokyo 2020.
"Di samping itu, saya juga sedang berusaha untuk mendapatkan rakaman CCTV di bilik menunggu (call room) dan kawasan menunggu Stadium Olimpik Tokyo untuk mendapatkan gambaran dan masa sebenar insiden bagi tujuan bahan bukti untuk meneruskan tindakan selanjutnya," katanya.
Beliau menambah, dalam mesyuarat ketua kontinjen pagi tadi, beliau sudah menerangkan situasi yang berlaku kepada Ziyad di hadapan Jawatankuasa Penganjur dan ketua kontinjen negara yang bertanding bagi mempertahankan kemenangan itu.
"Namun, pihak Jawatankuasa Penganjur memaklumkan segala protes dan rayuan boleh dibuat secara bertulis kepada IPC dan Olahraga Para Dunia.
"Saya selaku ketua kontinjen dan Presiden MPM berjanji akan berusaha sedaya upaya memperjuangkan nasib jaguh lontar peluru kebangsaan kita. "Saya juga sudah menemui Ziyad dan terlebih dulu memaklumkan hasil daripada mesyuarat ketua kontinjen pagi tadi dan Alhamdulillah Ziyad dilihat berlapang dada dengan keputusan berkenaan," katanya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|