|


KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran untuk berwaspada dengan hujan lebat di beberapa kawasan di Sabah.
Jurucakap jabatan itu dalam satu kenyataan berkata hujan lebat dijangka berlaku di kawasan pedalaman membabitkan Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort.
“Kawasan pantai barat membabitkan Papar, Putatan, Penampang, ibu negeri, Tuaran serta Kota Belud, Kudat serta Labuan turut diarah untuk berwaspada,” katanya.
Sementara itu MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir sehingga lewat petang turut dikeluarkan membabitkan kawasan pedalaman iaitu Keningau dan Tambunan.
Amaran ini juga diberikan di pantai timur Sabah termasuk Tawau, Kunak, Lahad Datu, serta Sandakan dan Kinabatangan.
|
|