CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1517|Reply: 2

[Sabah] Lelaki positif dadah serang polis guna parang

[Copy link]
Post time 8-9-2021 06:00 PM | Show all posts |Read mode






PAPAR: Tindakan seorang lelaki menyerang pasukan polis menggunakan sebilah parang membawa padah selepas ditahan di sini dalam satu operasi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superintendan Batholomew Umpit berkata kejadian berlaku apabila pihak polis mengarahkan suspek yang dalam keadaan mencurigakan untuk berhenti bagi menjalankan pemeriksaan.

“Sebaik diarahkan untuk berhenti suspek segera melarikan diri sebelum pihak polis mengejarnya dan berjaya ditahan tidak jauh dari lokasi berkenaan.

Suspek yang ditahan kemudiannya bertindak agresif dengan mengeluarkan sebilah parang dan cuba menyerang pasukan polis sebelum berlaku pergelutan.

“Tindakan pantas ditunjukkan pasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Natkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar berjaya menggagalkan tindakan suspek,” katanya.

Menurutnya suspek yang ditahan dan dibawa ke IPD Papar diarahkan untuk menjalani ujian air kencing sebelum disahkan terlibat dengan pengambilan dadah dan positif Methamphetamine serta Amphetamine.

“Polis turut merampas syabu seberat 5.63 gram yang dimiliki suspek dan suspek berumur 40 tahun itu kini ditahan reman mengikut kesalahan Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Kejayaan operasi ini adalah salah satu usaha PDRM dalam mengatasi masalah penyalahgunaan dadah, disamping mencegah aktiviti jenayah di Papar ini sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Saya menasihatkan orang ramai untuk memaklumkan kepada pihak polis sekiranya mempunyai sebarang maklumat berkaitan dadah dan aktiviti jenayah didaerah ini,” katanya.

Vivi Olviana Najurus



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2021 01:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Da high dia da tak peduli apa kan.. Sampai berani nak serang polis.. Jauhi dadah!
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2021 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Semalam kes lelaki hayun sabit pada polis. Positive dadah juga.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 11:42 AM GMT+8 , Processed in 0.058492 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list