CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1591|Reply: 4

[Sarawak] Kereta kemalangan jadi tempat perteduhan

[Copy link]
Post time 8-9-2021 06:20 PM | Show all posts |Read mode




Seorang lelaki berteduh di bawah kereta selepas mendapat kecederaan parah selepas kemalangan.


KAPIT, 8 SEPT : Dua lelaki cedera parah selepas kenderaan yang dipandu mereka bertembung dalam satu kemalangan di Kampung Melekun berhampiran Jambatan Sebunut, Kapit pada tengahari Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kapit, Erwandy Tugor berkata kemalangan melibatkan dua buah kenderaan iaitu sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam keadaan terbalik dan kereta biasa telah terbakar 100 peratus.

“Mangsa berusia 43 tahun merupakan lelaki tempatan manakala rakannya yang berusia 35 tahun merupakan warganegara Filipina dan mengalami kecederaan parah di bahagian badan.

“Mangsa yang sebelum itu berteduh di bawah kereta pacuan empat roda miliknya kerana cuaca panas telah dikejarkan ke Hospital Kapit untuk menerima rawatan,” kata Erwandy.

Jelasnya, pihak bomba telah menerima panggilan melalui MERS 999 berhubung kejadian kemalangan jalanraya di alamat Kampung Melukun berdekatan dengan Jambatan Sebunut kira kira 31 kilometer dari pasar Kapit.

“Kes dirujuk kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi TVS.

Difahamkan, pihak bomba telah melakukan kerja-kerja pembersihan jalan dan mengalihkan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan bagi memastikan keadaan jalan raya selamat sebelum berpatah balik ke balai pada jam 2.36 petang.


TVS
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-9-2021 06:22 PM | Show all posts
Lepas xcdent ... berteduh bawah kereta tu sebab panas sementara nunggu bantuan sampai ...

tapi ... bahaya lah ... d buat nya ada kenderaan lain lalu dengan laju ...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2021 06:24 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2021 01:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Bahaya sangat ni.. Kok ada kereta laju da tak pepasal kena hempap lak..
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2021 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 8-9-2021 06:22 PM
Lepas xcdent ... berteduh bawah kereta tu sebab panas sementara nunggu bantuan sampai ...

tapi .. ...

Dah banyak kes kan, ada kemalangan atau kereta alami masalah, datang kenderaan lain langgar menyebabkan kehilangan nyawa org yg berada berhampiran tempat kemalangan tu.

Tapi dlm kes ni bahaya, bayangkan kalau kereta tu terhempas menimpa mangsa yg kat bawah tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 11:36 AM GMT+8 , Processed in 0.054514 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list