CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1190|Reply: 4

[Sarawak] Suspek dengan 15 rekod jenayah lampau kembali “beraksi” di bandaraya Kuching

[Copy link]
Post time 8-9-2021 06:34 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING, 8 SEPT : Seolah-olah tidak serik dengan 15 rekod jenayah lampau dimilikinya, seorang lelaki berusia 37 tahun kembali “beraksi” melakukan jenayah ragut di sekitar bandaraya Kuching.

Suspek yang dikatakan “bermaharajalela” sejak seminggu yang lalu di kawasan bandaraya Kuching itu akhirnya diberkas setelah pihak polis Kuching menerima dua aduan daripada mangsa.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ashmon Bajah, pihak polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Balai Polis Sekama dan Balai Polis Tabuan Jaya telah berjaya menangkap seorang suspek pada Selasa.

“Kedua-dua mangsa ini telah diragut rantai leher emas semasa pulang membeli barangan rumah dan kerugian dianggarkan bernilai RM4,300.

“Suspek dikatakan menghampiri mangsa dengan menaiki motosikal dan meragut mangsa dari arah belakang sebelum memecut dengan motosikal, oleh itu nombor pendaftaran motosikal tidak dapat dikenalpasti mangsa,” jelasnya.

Kejadian dikatakan berlaku pada pada hari yang sama tetapi di lokasi berbeza iaitu di Taman Hui Sing, Sekama dan di Stutong Commercial Centre Tabuan jaya.

Menurutnya, antara jenayah yang pernah dilakukan suspek termasuk satu jenayah ragut, dua jenayah kekerasan dan 12 kes berkaitan kes dadah.

Pihak polis telah membuat beberapa rampasan iaitu motosikal dan topi keledar, digunakan suspek berikutan serbuan di sebuah hotel bajet di Kuching yang menjadi tempat penginapan suspek, dipercayai bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Tambahnya lagi, hasil soal siasat awal, suspek ini telah membuat pengakuan iaitu terlibat dalam dua kejadian samun ragut tersebut.

“Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun beserta denda atau sebat atau kedua-duanya sekali,” jelas Ahsmon.

Tambahnya, pihak polis telah membuka dua kertas siasatan berhubung dua aduan tersebut di bawah seksyen 392 Kanun Keseksaan iaitu samun tanpa senjata api.

TVS


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-9-2021 06:34 PM | Show all posts
harap di hukum lebih lama lagi ...

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
tak serik..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2021 07:27 PM | Show all posts
kan ...

kesalahan berulang ... patut ke d beri peluang lagi...?


Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak kumpul sampai berapa rekod pulak ni?
Sampai boleh masuk world record?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 11:18 AM GMT+8 , Processed in 0.087485 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list