CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1023|Reply: 2

[Sarawak] [EDISI Mungkin ] Vaksin ke 3 ?

[Copy link]
Post time 10-9-2021 02:33 PM | Show all posts |Read mode
Penurunan keberkesanan vaksin punca kes meningkat di S'wak

KAJI SUNTIKAN KETIGA

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) tidak menolak kemungkinan berlaku penurunan dalam keberkesanan vaksin COVID-19 selepas tempoh tertentu yang menjadi punca kes di Sarawak meningkat.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata justeru, pihaknya kini meneliti keperluan suntikan dos ketiga atau ‘booster’ terutama untuk golongan warga emas, terimunokompromi dan petugas kesihatan dalam usaha mengatasi situasi itu seperti yang dilakukan di negara lain.

"Jadi kita sama sekali tidak menolak kemungkinan itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini ketika ditanya mengenai kemungkinan berlaku penurunan dalam keberkesanan vaksin COVID-19.

Sarawak menyaksikan peningkatan dalam jumlah kes harian baru-baru ini dan mencatatkan 3,118 kes hari ini.

Khairy berkata beliau akan berlepas ke Sarawak minggu depan untuk membincangkan langkah-langkah tambahan dengan kerajaan negeri dalam usaha mengurangkan penularan di negeri itu.

"Saya telah meminta agar syor-syor dibuat segera memandangkan kita akan mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) minggu depan," katanya.

Beliau berkata KKM akan berbincang dengan Kerajaan Negeri Sarawak mengenai strategi seterusnya bagi menangani isu penularan wabak itu.

Khairy berkata langkah mengadakan ujian saringan, pengesanan dan isolasi adalah penting di Sarawak buat masa ini kerana apa yang berlaku di negeri itu mungkin berlaku di negeri lain dalam tempoh beberapa bulan lagi.

Katanya orang ramai perlu dididik untuk bertanggungjawab terhadap status kesihatan mereka sendiri sebagai sebahagian daripada langkah kesihatan awam.

Beliau berkata individu bergejala perlu melakukan ujian kendiri dengan pantas serta terasing dan menambah bahawa teknologi pengesanan kontak yang baharu akan diperkenal pada akhir bulan ini bagi membantu KKM dalam mengesan kontak rapat.

- BERNAMA






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2021 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadi 'BAHAN UJIKAJI'...dah....mmm...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2021 02:46 PM | Show all posts
Skuau replied at 10-9-2021 02:43 PM
Jadi 'BAHAN UJIKAJI'...dah....mmm...
kannnn...

tak perlu lah kot nak vaksin lagi...
pandai-pandai la jaga diri ...

kekal kan penggunaan mask ...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.083125 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list