View: 1256|Reply: 2
|
[Sarawak]
Guna kit ujian pantas antigen di rumah - Abang Johari
[Copy link]
|
|
KUCHING: Rakyat Sarawak disaran untuk sentiasa menjalankan ujian COVID-19 dengan menggunakan kit ujian pantas antigen COVID-19 secara kendiri di rumah.
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata dengan berbuat demikian, masyarakat akan lebih peka dan dapat mengetahui status tahap kesihatan diri masing-masing.
“Saya cadangkan, kalau kita ada kit ujian pantas antigen COVID-19 maka kita boleh melakukan pemeriksaan sendiri di rumah yang sudah pasti akan membantu mengurangkan penyebaran dalam kalangan masyarakat.
“Sekarang, harga siling bagi kit ujian ini sebanyak RM19.90 dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPNHEP) serta Kementerian Kewangan (semalam) katakan nak turunkan lagi harganya.
“Ini bermakna, anda boleh (mudah) menjalani ujian COVID-19 di rumah dengan menggunakan kit tersebut,” katanya pada sidang media selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin Dewan Suarah Sri Aman dan Projek Tebingan Sungai Sri Aman hari ini.
Mengenai keperluan masyarakat terhadap ujian saringan COVID-19 berikutan kes yang tinggi di negeri ini, Abang Johari berkata pihak berkuasa masih giat menjalankan ujian saringan meskipun kebanyakan kes adalah dalam Kategori 1 (tanpa gejala).
"Dengan Kategori 1, kes-kes tidak begitu berbahaya dan pesakit akan menjalankan kuarantin di rumah.
“Apa yang harus dilakukan oleh masyarakat sekarang adalah menjaga kesihatan diri sendiri dan patuhi SOP. Dari segi rekod pula, kita akan terus catatkan kes positif ini,”katanya.
Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Mohamed Sapian Mohamed berkata, ujian saringan COVID-19 akan terus dilakukan terhadap mereka yang ada kemungkinan dijangkiti wabak ini.
Katanya buat masa ini, kebanyakan kes COVID-19 dalam kategori satu dan dua iaitu tidak bergejala dan gejala ringan di Sarawak dinasihatkan untuk kuarantin di rumah.
“Meskipun demikian, kita mempunyai pasukan perubatan yang akan memantau pesakit dua kali sehari di rumah secara maya. Sekiranya mereka tidak menjawab panggilan, kita akan pergi ke kediaman mereka, ”katanya.
Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri Datuk Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Penasihat JPBNS, Dato Sri Dr Sim Kui Hian serta tetamu kehormat lain.
Marlinda Marzuki
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagi yg berkemampuan, tidak menjadi masalah besar utk beli kit ujian tu. Tapi bagi rakyat yg kebanyakkannya kurang mampu, ia agak membebankan.
Mungkin kena bincang utk kurangkan harga lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
ha`ah ... kata nya harga akan turun ...
mungkin macam mask dulu2 juga
“Sekarang, harga siling bagi kit ujian ini sebanyak RM19.90 dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPNHEP) serta Kementerian Kewangan (semalam) katakan nak turunkan lagi harganya.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|