CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 859|Reply: 0

[Sabah] Aktiviti pelancongan dibenarkan dengan SOP ketat

[Copy link]
Post time 11-9-2021 07:38 PM | Show all posts |Read mode
Berita baik untuk Pelancongan Sabah ...


KOTA KINABALU: Aktiviti pelancongan di Sabah kini dibenarkan dengan syarat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, kebenaran itu diberikan kepada semua destinasi dan tapak pelancongan beroperasi bagi pelancong domestik untuk daerah yang sama sahaja.

"Kebenaran ini termasuk pelancongan bagi destinasi yang dibenarkan melakukan gelembung perjalanan (travel bubble) daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah (COVID-19).

"Kebenaran ini hanya diberikan kepada pelancong, pengusaha pelancongan serta pekerja yang sudah menerima vaksin lengkap dan berstatus risiko rendah COVID-19 dalam aplikasi MySejahtera," katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Beliau berkata, operasi hotel dan penginapan juga masih dibenarkan seperti dinyatakan sebelum ini untuk pelanggan dalam daerah yang sama dengan syarat pelanggan dan pekerja hotel atau homestay (inap desa) telah lengkap divaksin.

“Bagaimanapun penggunaan kemudahan penginapan seperti gimnasium, sauna, jakuzi dan bilik seminar masih tidak dibenarkan.

"Ketika ini, Sabah satu-satunya negeri dalam Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) belum membenarkan aktiviti pelancongan," katanya.

Dalam pada itu, Sabah pada 10 September 2021 merekodkan satu kluster baharu melibatkan tempat kerja.

Katanya, Kluster Sawit Perpaduan, Kinabatangan berlaku di tempat kerja iaitu ladang sawit di Mukim Sukau, Kinabatangan. Kes indeks merupakan pekerja kilang, lelaki, 34, warganegara Indonesia yang dikesan melalui ujian saringan RTK-AG di Hospital Kinabatangan pada 30 Ogos 2021.

"Dalam saringan itu, kes indeks disahkan positif COVID-19 dengan grading 100 peratus selepas bergejala sejak 26 Ogos 2021.

"Aktiviti persampelan kontak seterusnya mendapati seramai 90 orang kontak sosial, pekerja dan tanggungan turut dijangkiti COVID-19," katanya.

Yap Siong Han
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 11:55 AM GMT+8 , Processed in 1.876021 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list