View: 1188|Reply: 1
|
Lega Kiara Skatepark dibuka semula
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Selepas hampir dua tahun lebih tidak beroperasi, akhirnya Kompleks Sukan Ekstrem Kiara atau dikenali sebagai Kiara Skatepark akan dibenarkan untuk dibuka oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Berita itu pastinya memberi khabar gembira buat seluruh peminat sukan ekstrem yang sebelum ini seperti kehilangan arah apabila tiada tempat latihan yang sistematik dengan pencarian bakat baru turut terbantut selepas ditutup operasinya pada 2019.
Jurulatih pembangunan negara, Joseph Romey Dures ketika ditemui berkata, pembukaan semula Kiara Skatepark itu memberi nafas baru buat peminat sukan ekstrem di Malaysia dan kini boleh memasang impian untuk beraksi di temasya Olimpik satu hari nanti selepas ia mula akan dipertandingkan di Paris 2024.
Kata Joseph, beliau kini tidak sabar untuk menunggu pembukaan semula lokasi itu secara rasmi kepada orang awam dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang akan ditetapkan oleh kerajaan.
"Saya terkejut dan gembira apabila Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu membuat tinjauan di Kiara Skatepark ini (semalam) dan perkhabaran dengan lokasi ini akan dibuka semula kepada umum memang satu yang menggembirakan.
"Di Malaysia ini kita ramai sangat bakat tapi semuanya tergendala kerana tiada tempat latihan yang sistematik boleh digunakan. Selalunya peminat sukan ini akan pergi bermain di jalan-jalan ataupun di lokasi papan selaju di Shah Alam dan Cyberjaya.
"Kalau tempat ini dibuka semula, saya yakin kita akan dapat cungkil ramai bakat yang boleh diketengahkan ke peringkat antarabangsa. Cuma ia terpulang kepada persatuan sendiri memikirkan cara bagaimana untuk menguruskan atau mengendalikan program masa depan," katanya.
Terdahulu Faizal membuat tinjauan kemajuan projek pengubahsuaian gelanggang papan selaju selepas ia ditutup pada 2019 bagi memberi laluan kepada kerja menaik taraf Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara.
Acara papan selaju juga pertama kali akan dipertandingkan di pentas Olimpik Paris 2024 membabitkan empat kategori.
Justeru KBS berharap dengan pembukaan semula Kiara Skatepark itu ia akan memberi manfaat kepada komuniti penggiat sukan lasak dan secara tidak langsungnya boleh berperanan sebagai pusat latihan rasmi kepada atlet sukan ekstrem negara di masa depan. - HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
AHMAD Faizal Azumu (kanan) bersama timbalannya, Datuk Seri Ti Lian Ker (kiri) menyaksikan Joseph Romey beraksi. FOTO Bernama |
|
|
|
|
|
|
| |
|