CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1392|Reply: 1

Hadiah hari jadi Harrif

[Copy link]
Post time 23-9-2021 07:03 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Seminggu selepas menyambut hari jadi ke-33, Mohd Harrif Saleh menerima berita gembira yang amat dinanti-nantikan sebagai pelumba basikal profesional.

Harrif menandatangani kontrak baharu bersama pasukannya Terengganu Cycling Team (TSG) selama setahun lagi di depan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TSG Che Ku Mohd Izmuddin Che Ku Mahmood di pejabat pasukan itu di Kuala Terengganu.

Perkhabaran gembira itu dikongsikannya di laman Instagram miliknya malam tadi.

"Alhamdulillah... masih diberi kepercayaan untuk tahun 2022 bersama Team TSG," tulisnya ringkas.

Harrif menyertai TSG, pasukan bertaraf benua Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) sejak awal penubuhannya pada 2011 selepas berlumba dengan pasukan kebangsaan pada 2008 dan 2009.

Dia muncul pelumba berbasikal pertama Asia menang tiga peringkat pada Le Tour de Langkawi dalam sejarah 25 tahun perlumbaan kebanggaan negara itu.

Harrif menang peringkat kedua pada 2019 dan peringkat kelima serta ketujuh pada 2020. Lebih membanggakan, tahun ini dia muncul pelumba pertama negara menjuarai perlumbaan lebuh raya bertaraf UCI di Eropah apabila mengungguli Grand Prix Velo Manavgat di Turki pada Februari lalu.

Baru-baru ini, pelumba berasal dari Dungun, Terengganu itu melahirkan hasrat untuk kembali mewarnai kancah berbasikal trek negara sekali gus mengidam untuk melayakkan diri ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Dia pernah meraih pingat emas dalam acara kejar-mengejar berpasukan bersama Amir Mustafa Rusli, Mohammad Akmal Amrun dan Mohd Jasmin Ruslan pada Sukan Sea Korat 2007. Harrif juga menang emas acara kegemarannya scratch pada Kejohanan ACC 2007 di Bangkok. - HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-9-2021 07:05 AM | Show all posts

HARRIF menandatangani kontrak baharu bersama TSG. FOTO Instagram harrif_saleh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 12:06 AM GMT+8 , Processed in 0.037656 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list