CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1007|Reply: 0

[Sarawak] Mayat reput ditemui di pondok perahu

[Copy link]
Post time 29-9-2021 01:58 PM | Show all posts |Read mode


SIBU: Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan reput dan berulat dalam sebuah perahu di sebuah pondok di Jalan Lilin di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu, Superintenden Collin Babat berkata, pihak polis menerima panggilan daripada seorang wanita yang memaklumkan mengenai penemuan mayat tersebut kira-kira jam 11.30 pagi.

"Bau busuk yang kurang menyenangkan sejak beberapa hari lalu telah menjurus kepada penemuan mayat itu di sebuah pondok menyimpan perahu terletak 30 meter di hadapan rumah pengadu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, pondok tersebut terletak berhampiran tebing Sungai Seduan.

Ujarnya, sepasukan polis telah bergegas ke tempat kejadian dan mendapati mayat seorang lelaki memakai seluar pendek dan baju berwarna gelap dalam keadaan reput serta berulat di dalam perahu yang disimpan di pondok berkenaan.

Polis telah mengenal pasti mayat lelaki itu sebagai Philip Nikal berusia 36 tahun.

"Siasatan dan pemeriksaan polis mendapati tiada tanda kecederaan pada badan mangsa atau sebarang kesan pergelutan dan unsur-unsur jenayah di tempat kejadian," kata Collin.

Katanya lagi, polis juga menemui  barang-barang peribadi si mati di dalam beg sandang mengandungi kad pesakit dan nombor telefon majikannya.

"Kami percaya bahawa lelaki itu telah meninggal dunia seminggu yang lalu berdasarkan keadaan mayat.

"Menurut majikannya, si mati merupakan penjaga kapal sejak tiga tahun lalu dan menghidap tuberkulosis," katanya.

Menurut Collin, kali terakhir majjkannya melihatnya memakai baju yang sama adalah ketika dia berhenti kerja seminggu lepas.

Terdahulu, polis juga telah menghubungi pasukan Bomba dan Penyelamat untuk membantu menjalankan sanitasi ke atas mayat sebelum polis menjalankan pemeriksaan dan siasatan di tempat kejadian.

Mayat dihantar ke bilik mayat Hospital Sibu untuk saringan COVID-19 dan tindakan lanjut.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

credit


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 02:33 PM GMT+8 , Processed in 0.393228 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list