CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1387|Reply: 0

[Sabah] Penduduk hadir upacara kematian cetus Kluster Mokodou di Ranau

[Copy link]
Post time 29-9-2021 10:07 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Upacara menghormati kematian mencetuskan kluster baharu di Ranau selepas 43 kes positif baharu direkodkan hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, setakat ini Kluster Mokodou merekodkan sebanyak 94 kes positif.

Katanya, jumlah berkenaan dijangka bertambah selepas keputusan saringan diperoleh sepenuhnya.

Menurutnya, kluster komuniti itu berpunca dari penduduk yang hadir ke upacara penghormatan orang meninggal dunia.

"Lebih 60 peratus penduduk kampung hadir ke acara terbabit," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu katanya, Sabah merekodkan sebanyak 1,000 kes hari ini dengan peningkatan sebanyak 35 kes berbanding kes semalam.

Beliau berkata, kurang daripada tiga peratus kes tertunggak yang melebihi empat hari didaftarkan hari ini menandakan terdapat peningkatan dalam urus tadbir data.

"Daripada jumlah kes baharu hari ini, sebanyak 326 kes atau 32.6 peratus adalah kes-kes lewat daftar antara dua hingga tiga hari, 24 kes atau 2.4 peratus adalah lewat daftar empat hingga lima hari dan lima kes atau 0.5 peratus adalah kes yang berdaftar lewat melebihi lima hari selepas keputusan saringan diketahui.

"Terdapat 15 kes melibatkan banduan, manakala saringan kontak rapat kekal penyumbang utama keseluruhan kes di Sabah hari ini membabitkan sebanyak 551 kes atau 55.1 peratus," jelasnya.

Masidi berkata, saringan bergejala 349 kes atau 34.9 peratus, 24 kes atau 2.4 peratus daripada saringan kluster, satu kes atau 0.1 peratus dari saringan bersasar dan 75 kes atau 7.5 peratus melalui saringan lain-lain.


utusanborneo.com.my/2021/09/29

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 02:48 PM GMT+8 , Processed in 0.490946 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list