Kelam dunia lapan gadis yang mendakwa menjadi mangsa cabul bapa kandung.
Kisah meruntun hati ini dikongsikan seorang pengikut personaliti TV3 Ahmad Fedtri Yahya.
Kredit foto: IG Fedtri
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Twitter itu, gadis ini mendakwa hampir semua adik-beradiknya menjadi mangsa cabul bapa mereka.
Lebih parah apabila ibu mereka seolah-olah tidak percaya dengan dakwaan tersebut dan menyatakan adiknya hanya bermimpi ketika mengadu kepada wanita itu.
Mengulas lanjut, gadis ini akui buntu dengan apa yang telah terjadi ditambah pula bapanya yang dipercayai seorang pedofil dan tidak bertanggungjawab apabila mengugut tidak akan memberi wang belanja untuk persekolahan mereka.
Walaupun masa sudah berlalu, dan adik-beradiknya yang lain sudah mendirikan rumah tangga namun, insiden tersebut masih menjadi mimpi ngeri buat mereka lapan beradik.
Lebih menyakitkan hati apabila ibu mereka menyuruh lapan beradik itu memaafkan lelaki terbabit dan mentaatinya.
Tidak cukup dengan itu, ibu mereka diuji dengan penyakit strok dan lelaki berkenaan sempat ‘membomohkan’ isteri sendiri dengan harapan boleh membuatkan keluarga mereka bahagia.
"Saya tunggu adik-adik keluar jauh dari abah. Saya beli rumah untuk mak supaya hidup dia tak terabai. Ayah dah jual semua harta pusaka dia dan balik ke rumah isteri pertama dia," dedahnya.
Kredit foto: Twitter
Bercerita lanjut, bapanya juga dipercayai sama sekali tidak meninggalkan harta buat mereka adik-beradik, yang ditinggalkan hanyalah trauma dan hutang.
Post time 4-10-2021 10:19 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Sejenis yg sayang laki berbanding anak2. Duhai ibu2, kqlo anak ko ckp dia mangsa cabul ahli keluarga, tolong percaya, tolong siasat. Dah byk sgt kan kes haruan makan anak, kes sumbang mahram.
Post time 4-10-2021 10:30 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Eeii geram btul ngan mak bapak dier...anak pompuan dah lah berderet...si bapak sedap je bleh pilih mane satu yg dier nak...dapat bini plak bengap..tak bleh terima kenyataan...dah lah ngko tu bini no.2 branak plak ramai... pastu tak keje plk tu...harapkan duit tok laki...
Post time 5-10-2021 04:19 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kenapa eh mak mcmtu?mak kan patutnya sayang anak2 lebih dr segalanya
Tp kenapa ramai mak yg sanggup anak kene rogol dgn bapak sendiri dr report polis?hilang ke rasa syg pd anak2? hilang ke rasa kesian?
Post time 7-10-2021 07:45 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by manjalara_01 at 7-10-2021 07:46 PM
KamikuP replied at 6-10-2021 02:32 PM
Apa tajuk citer tu sis? Mohon share yunk
Klik je tu full movie. Psl kakak & adik kena sexual abuse dgn bapak they all masa kecik. Tp kakak die ni baru dpt ingat balik lepas die kawin & dpt baby. Sbb masa tu bapak die bg hadiah kuda soft toy pd baby tu. Tu yg teringat balik..nightmare tu. So die sungguh2 usaha nk selamatkan niece die dari terus jd mangsa bapak die.
Tp mcm biase mak x bleh harap bapak lg in denial t list goes on..